UMNO Mahu Kerjasama PAS Di Melaka: Huluran Tangan Bersalut Tahi

UMNO Mahu Kerjasama PAS Di Melaka: Huluran Tangan Bersalut Tahi

Komentar Awal.

1. Niat UMNO untuk berkerjasama dengan PAS dalam PRN Melaka bukan sesuatu yang di luar jangka.

2. Ia sememangnya sudah dijangka selepas analisis menunjukkan UMNO bakal hilang kerusi jika bertembung dengan PAS.

3. Namun, apa yang saya perhatikan ajakan UMNO untuk bekerjasama kali ini penuh dengan kesombongan dan tipu muslihat.

4. Meletakkan syarat supaya PAS bertanding atas logo sendiri adalah keterlaluan dan sudah mencampuri urusan PAS

5. PAS adalah PAS, PAS bukan parti suruhan UMNO atau parti yang boleh UMNO tunggang sesuka hati.

6. Apa UMNO fikir dan rasa apabila PAS buat benda sama, UMNO harus bertanding guna logo sendiri, jangan guna logo BN, pasti Tok Mat melenting kan? dikatanya PAS mencampuri urusan UMNO.

7. Itu lah yang saya maksudkan hulur tangan bersalut najis, hulur tangan dalam masa yang sama mahu merosakkan PAS dan PN.

8. Dan matlamat akhirnya adalah untuk menampakkan PAS tidak mahu berkerjasama jika tidak bersetuju dengan syarat itu.

9. Pelik kan, letak syarat itu setelah PAS buat keputusan untuk bertanding atas logo PN.

10. Nasihat saya pada PAS, sila checkmatekan UMNO sekali lagi.

11. Dan buat Zahid, dulu dengan bengis tolak PAS, sekarang mahu bekerjasama pasal apa? Ada udang di sebalik mee ka?

Razak Bidin

Isu Semasa