Sidang Media Presiden PAS Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67

Sidang Media Presiden PAS Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67

Wartawan:

Dato’ Seri, dalam ucapan Dato’ Seri tadi ada menyebut berkenaan PAS tidak mahu terkurung dalam muafakat yang tidak ada jalinan kerjasama dengan mana-mana parti.

Boleh Tuan Guru jelaskan secara terperinci berkenaan ini?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita telah memeterai Muafakat Nasional yang tidak terhad PAS dengan UMNO, termasuk BERSATU kita jemput untuk menyertai Muafakat Nasional.

Ini dalam piagam dan pendirian bersama.

Dengan sebab itu PAS tidak boleh dipaksa supaya melanggar muafakat ini.

Contohnya PAS dengan UMNO sahaja tak boleh ajak parti lain, itu kita tak terima.

Bahkan, kita lebih fleksibel sehingga kita bersetuju mendaftarkan Perikatan Nasional melibatkan parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem termasuklah rakan-rakan di Malaysia Timur.

Terbuka dan kita telah mencapai kejayaan sehingga mengambil alih kerajaan pusat.

Ini mesti dipertahankan.

Wartawan:

Dato’ Seri tadi dalam ucapan dinyatakan secara tegas kita baru sahaja menubuhkan MN mengikut asal yang ditetapkan.

Apa yang dimaksudkan dengan baru sahaja menubuhkan MN?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Yang saya sebutkan tadi, dimeteraikan piagam Muafakat Nasional.

Penyertaannya tidak terikat antara PAS dengan UMNO sahaja, termasuklah parti BERSATU.

Bahkan, kita jemput BERSATU menyertai sama dan BERSATU bersedia untuk menyertai Muafakat Nasional.

Wartawan:

Dato’ Seri, dikatakan PAS akan bekerjasama dengan UMNO dan juga BERSATU dan juga parti-parti lain.

Di Melaka, BN mengumumkan akan bertanding semua 28 kerusi.

So, setakat ini macam mana PAS bekerjasama dengan UMNO?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita pegang kepada asas kerjasama ketiga-tiga parti.

Bila ada parti tak mahu kerjasama terpulang kepada dia la.

Bila sebut kerjasama, maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti, bukan sahaja Muafakat Nasional termasuk Perikatan Nasional.

Bahkan di Melaka ini bukan sahaja melibatkan PAS, BERSATU, termasuklah Parti Gerakan juga akan bertanding.

Wartawan:

Maksudnya kalau ada pertembungan la kalau BN 28 kerusi dan PAS…

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Itu soalan andaian.

Kita tengok nama calon.

Keadaan boleh berubah, jadi sikap kita tegas.

Tegas ialah pembahagian yang adil dalam kerjasama Perikatan Nasional.

Wartawan:

Tetapi pembahagian kerusi ini dah dibincangkan ke?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Dimuktamadkan bila penamaan calon.

Wartawan:

PAS tahu tak BN akan bertanding 28 kerusi?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita dapat maklumat dan kita tak ikut maklumat itu.

Kita berpegang kepada konsep kerjasama.

Wartawan:

Tapi sekarang BN sudah umum 28 calon.

Pendirian PAS….

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Pendirian kita Perikatan Nasional akan bertanding dalam semua kerusi.

Terpulang kepada UMNO dia nak ikut Perikatan Nasional ke dia nak bertanding sendiri.

Tengok penamaan calon.

Wartawan:

Apa amanat yang diberikan kepada akar umbi jentera untuk PRN ini.

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Amanatnya mendukung Perikatan Nasional dan PAS sudah bersetuju untuk pakai simbol Perikatan Nasional dalam pertandingan ini.

Wartawan:

Ucapan yang kata mandat diserahkan kepada majlis Syura Ulama’, itu adakah termasuk ketetapan MN dan PN ke macam mana?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Sebenarnya sudah ada dalam Perlembagaan PAS fasal 84 Perlembagaan PAS menyebut PAS boleh mengguna pakai apa-apa simbol yang dipilih bila pilihan raya.

Bukan mesti guna pakai simbol parti.

Macam UMNO la.

UMNO pilihan raya tak guna pakai simbol keris, pakai simbol Barisan Nasional.

Kita tak terikat.

Wartawan:

Maksudnya mandat yang Majlis Syura Ulama’ putuskan termasuk hubungan MN dan Perikatan Nasional?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Ya, Majlis Syura Ulama’ bincang dari sudut hukum.

Hukum Islam itu perkara yang berubah.

Adapun strategi, ini PAS pusat membuat keputusan dan PAS Pusat sudah membuat keputusan kita terus dengan Perikatan Nasional dan mengguna pakai logo Perikatan Nasional.

Wartawan:

Dato’ Seri, kalau ada satu kerusi UMNO bertanding dengan BERSATU, PAS nak suruh ahli-ahli sokong yang mana satu?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita akan mengundi Perikatan Nasional lah.

Guna pakai simbol yang sama.

Wartawan:

Tapi, jika kerusi itu penyandang milik UMNO?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Itu kita tengok UMNO guna pakai simbol apa.

Wartawan:

Katakan UMNO kata kepada PAS PN atau MN.

Adakah PAS..

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita tidak lupa.

Kita pegang kepada piagam.

Piagam itu bukan melibatkan PAS dan UMNO saja.

Kita tak lupa.

Kita tak lupa.

Wartawan:

Pilihan raya di Melaka ini, UMNO dah menampilkan kepada semua pengundi.

Bermakna ia satu kayu ukur Muafakat Nasional ini bagaimana keadaan Berjasa ke.

Bagaimana?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

UMNO dia berubah.

Bahkan, masa baru ini pun sebahagian daripada Ahli Parlimennya sokong jajaran baru.

Sebab itu kerusi balik mengekalkan Perikatan Nasional.

Dia boleh ubah.

Pilihan raya di Melaka pun saya harap boleh berubah jugalah.

Wartawan:

Dato’ Seri, sebelum ini PAS masih … lagi dengan UMNO kan?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita terbuka.

Terbuka dengan semua.

Tapi kita bergantung dengan apa yang kita sudah janjikan dalam piagam.

Wartawan:

Setakat piagam ini macam mana?

Untuk PRU-15?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Haa itu tunggu nama calon.

Itu timbalan (perunding).

Perunding besar.

Wartawan:

Hala tuju Muafakat Nasional macam mana?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Hala tuju Muafakat Nasional ialah kerjasama daripada parti-parti Melayu-Islam, kemudian mengajak parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

Itu hala tuju kita.

Jadi, kalau UMNO boleh kerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk kerajaan.

Tanya dia mengapa tak boleh kerjasama PAS dengan BERSATU?

Wartawan:

Dato’ Seri, BN dah umumkan kerusinya.

PAS bila nak umumkan kerusi bertanding?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Akan diumumkan ya.

Petang ini.

Wartawan:

Berapa kerusi PAS pertandingkan?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Sekurang-kurangnya satu pertiga lah.

Kita tak tamak.

Sebab kita ada 3 parti.

Wartawan:

Antara kerusi PAS yang idam-idamkan lah? Mana?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Kita akan lihat di mana kita ada cawangan yang banyak ahli.

Wartawan:

Antaranya?

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

Sebab kita ada tolak ansur.

Ada BERSATU beri kawasan yang mereka kuat dekat kita.

Kita beri kawasan yang kita kuat dekat BERSATU.

Terima kasih banyak kepada rakan-rakan media.

Politik