Bajet Pasca Pandemik

Bajet Pasca Pandemik

Alhamdulillah, kita telah berada begitu hampir dengan pintu keluar pandemik Covid-19.

Dengan begitu banyak kisah sedih dan duka yang kita alami sewaktu kita berperang dengannya.

Masalah utama ialah kesihatan dan ekonomi.

Dalam masalah kesihatan, kerajaan begitu komited menjalankan kewajipan bagi memastikan rakyat selamat.

Syukur kepada Allah, kita sudah hampir kepada penamatnya.

Manakala dalam isu ekonomi pula, ia amat memeritkan semua.

Boleh dikatakan, hanya kakitangan kerajaan tetap sahaja yang agak terselamat daripada kesan pembuangan kerja atau lain-lain sekatan berhubung kewangan.

Peniaga paling terkesan dengan keadaan ini.

Berbagai cara bagi membantu mereka untuk terus kekal dalam perniagaan mereka, namun ramai yang kecundang.

Kerajaan Negeri Terengganu juga terkesan.

Dengan hutang yang banyak, baki kerajaan dahulu buat, termasuk juga rezab negeri yang tidak begitu banyak.

Terengganu tidak menjadi seperti Sarawak, maka hasrat bagi membantu rakyat sebagaimana Sarawak yang membelanjakan sehingga RM1 bilion, sebenarnya, tidak memuaskan hati pemerintah Terengganu.

Ini kerana kita juga kekurangan dana.

Syukur sekali lagi, kerana harga minyak mentah di pasaran dunia meningkat sehingga melebihi USD80 setong dan kemudiannya, dengan kebijaksanaan Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, melangsaikan dengan banyak hutang-hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat dan menguruskan dengan baik ‘deferred payment’ iaitu hutang dengan kontraktor yang membuat pembangunan di negeri ini, insyaallah rakyat akan mula merasa nikmatnya.

Dana raya yang pernah menjadi isu kepada segelintir rakyat, yang begitu marah kerana tidak memahami hasrat kerajaan untuk lebih memberikan pancing dan umpan daripada bantuan ‘one off’, kini diberikan kembali, dengan nama i-Fitri, tetapi dengan lebih kemas dan bersasar sebanyak RM33.5 juta.

Tanpa mengira ideologi dan sokongan, Kerajaan Terengganu dari PAS, komited untuk membantu seluruh rakyat Terengganu, tidak seperti dahulu.

Ia bukan kerana politik, tetapi kerana sememangnya sikap PAS sebegitu, tidak memilih bulu.

Manifesto sudah 18 daripada 20 diselesaikan.

Dana Raya yang ditunggu, sudah diberikan.

Tadi Muafakat Nasional yang telah dikerat oleh Umno, di tuduh pula PAS yang berlaku curang.

Inilah gambaran jelas kepada sikap Umno Terengganu.

Cukup lah untuk saya mengulas, kerana difahamkan pasukan musuh, mengalih pula perhatian kepada isu lain yang selama ini berkokok tentang Dana Raya.

Bajet ini diharapkan akan diberkati Allah, disebarkan rahmat oleh-Nya kepada semua rakyat Terengganu, termasuk kepada orang Umno yang membenci.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis