Soal Jawab Manifesto 20 Ribu Peluang Pekerjaan Oleh Kerajaan Terengganu

Soal Jawab Manifesto 20 Ribu Peluang Pekerjaan Oleh Kerajaan Terengganu

S: Kerajaan Terengganu menipu kerana mendakwa berjaya menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu, tetapi akhirnya mereka dihantar hanya bekerja di kilang dan ianya di Selangor?

J: Tidak, Kerajaan Negeri tidak menipu kerana janji manifesto PAS adalah jelas dan nyata untuk menyediakan peluang pekerjaan 20 ribu dalam masa empat tahun dan tidak disebut di mana pekerjaan itu atau apa jenis perkerjaannya. Cuma dipastikan halal. Oleh itu caranya ialah samada kerajaan sendiri menawarkan pekerjaan jika ada, atau mengadakan kempen bagi membuka peluang kerjaya dengan pihak yang berminat mencari pekerja. Jadi semua ini kita masukkan dalam data.

S: Bermakna Kerajaan Terengganu gagal mengadakan peluang pekerjaan bagi mereka di negeri sendiri?

J: Tidak pernah ada satu negeri walau semaju mana sekalipun, rakyatnya tidak keluar ke tempat lain mencari kerja. Ia adalah satu pilihan kepada pencari kerja itu sendiri. Bukan sesuatu yang pelik jika ramai graduan-graduan semenjak dahulu di ibukota, terus mencari kerja di sana sebaik tamat pengajian. Ada yang mahu menimba pengalaman, ada yang memang sukakan kehidupan di kota, ada yang tidak suka, ada yang mengikut pasangan. Tidak kurang juga yang ramai suka untuk tinggal di negeri asal, ada yang putus cinta, membawa diri ke negeri orang. Tiada siapa yang boleh memaksa mana mereka mahu tinggal. Kita carikan, tawarkan dan mereka menerimanya. Jadi tiada isu, tuan badan sudah bersetuju untuk bekerja, walau bukan di negeri sendiri.

S: Jadi jelaslah bahawa Selangor, negeri PH itu adalah jauh lebih maju daripada Terengganu hasil daripada kebijaksanaan pimpinan PH memerintah

J: Kenyataan itu agak mengada-ngada kerana sebelum 2008, Selangor sudah puluhan tahun berada di bawah BN. Ramai juga orang PH mencari makan di sana waktu itu kerana dekat dengan ibu negara. Kemudiannya, PR menang di Selangor, bersama PAS memerintah negeri. MB Selangor Tan Sri Khalid memegang jawatan sehingga tahun 2014, sebelum dipecat. Kemudian Sultan Selangor dan juga PAS, tidak yakin dengan calon MB kesukaan PKR dan DAP iaitu Wan Azizah, maka Azmin mengambil alih jawatan MB. Sehingga 2018, Azmin mengekalkan Exco daripada PAS. Azmin kemudiannya masuk PN pada 2020. Bermula dari 2018, barulah Amirudin Shari dari PH, menjawat jawatan MB sehingga kini selama lebih tiga tahun. Jadi berapa usia PH? Ya, mereka baharu tiga tahun lebih. Jadi jelas dakwaan mengatakan Selangor maju di bawah PH, hanya akan mencederakan bibir katak kerana ketawa yang sangat kuat akibat mendengar cerita kelakar ini. Habis benda kau nak claim.

S: Rasanya Kerajaan Negeri Terengganu hanya menipu dengan mendakwa kononnya anak Terengganu yang bekerja di luar juga sama seperti bekerja di Terengganu, sekadar nak mengaburi rakyat mendakwa ini adalah kejayaan.

J: Baiklah kalau begitu, kita akan tarik semula segala bantuan yang telah diberikan kepada semua usahawan-usahawan anak Terengganu yang mendapat pinjaman, geran atau apa-apa daripada Kerajaan Negeri, tetapi menjalankan perusahaan mereka di luar Terengganu kerana mereka tidak berniaga dalam negeri Terengganu. Begitu ke kita kena buat? Tak boleh begitu, kita mesti melayan semua anak Terengganu sama rata kalau mereka layak. Yang paling utama, supaya mereka ada pendapatan.

S: Kalau begitu untunglah orang Terengganu yang tinggal di luar Terengganu

J: Hal-hal sebegini sudah lama berjalan. Contoh, jika ibu atau ayah adalah orang Terengganu, maka anak mereka layak memohon pinjaman atau bantuan pendidikan daripada Yayasan Terengganu, walaupun sudah berzaman tidak pulang ke Terengganu. Jadi samalah dengan hal sebegini, kita sama-sama bantu mereka dapatkan bantuan untuk berniaga, bantuan bagi pendidikan dan juga bantuan untuk mendapat kerja. Kenapa pula mesti kena ada syarat kerja dalam Terengganu sahaja baru nak bantu?

S: Manifesto semua ini adalah strategi politik semata-mata.

J: Ya memang betul ia adalah strategi politik sebab semasa buat manifesto dulu, PAS jadikannya sebagai kempen PRU. Maknanya strategi politiklah tu. Apa salahnya dengan politik? PAS bukan jenis berpolitik kata manifesto bukan kitab suci. Cuma ada pihak yang bimbang sebab PAS berjaya menunaikan manifestonya, jadi direka-rekalah bermacam isu.

S: Kiranya Terengganu macam Bangla lah, sebab eksport pekerja ke luar negeri

J: Yang kau susah hati sangat dia orang dapat kerja tu pasal apa? Mesti kau ni Pan kan? Kau tahu, kalau kata pekerja yang bekerja luar dari negeri dia sebagai Bangla, Presiden parti kau tu dah lama mana jadi Bangla sebab berhijrah keluar dari Pulau Pinang. Sebab apa dia keluar? Tak ada kerja ke? Penang bukan negeri maju ke? Wei, negeri yang ambil contoh Umar bin Abdul Aziz tu pun presiden kau keluar bro. Kejap menumpang di Nilam Puri, kejap Kuala Kedah, kejap Kuala Terengganu. Sekarang Kota Raja pulak. Bos besar PH kau tu, lagi dahsyat. Laki bini keluar dari Penang. Laki kat Port Dickson, bini kat Pandan. Bangla jugaklah tu kan? Sebab biasa Bangla jaga stesyen minyak, bos PH pulak jaga harga minyak, 24 jam janji turun harga…saya ulang…!!! Patutlah PH menang PRU14, Bangla yang tolong rupanya.

Soal jawab ni, aku reka jer.

Boring duduk saja.

Tetapi aku berharap sungguh orang PAS jangan lebih Pan daripada Pan dalam isu ini.

Naif sangat kalau percaya dengan troll musuh, lepas tu tumpang sekaki mengutuk jemaah sendiri.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis