Covid, Kuarantin Dan Dos Penggalak

Covid, Kuarantin Dan Dos Penggalak

Jika kita balik dari luar negara bermula 16 Januari 2022, dan sebelum itu dalam masa 11 hari hingga 60 hari, kita telah positif Covid dan sudah sembuh, maka kita akan mendapat pelepasan dari kuarantin, hotel atau rumah.

Cumanya mesti bawa bukti yang kita telah positif Covid dalam tempoh itu dan sudah menjalani ujian negatif Covid-19.

Bagi yang normal, tidak positif, akan dikenakan kuarantin wajib.

Untuk kes kena kuarantin pula, bagi yang sudah ada vaksin penggalak, kita hanya akan dikuarantinkan selama 5 hari sahaja jika negatif ujian RTK selepas itu dan 7 hari bagi sesiapa yang masih belum ada dos penggalak.

Tidak perlu ujian PCR lagi untuk ditunjukkan kepada KKM, samada bila sampai Malaysia atau ujian yang diambil sebelum bebas daripada kuarantin.

Hanya keputusan RTK sahaja, memadai.

Apa maksud peraturan terbaru KKM ini?

Ada dua maksud yang aku tahu.

Maksud pertamanya ialah kelihatannya keadaan jangkitan Covid-19 ini sudah semakin terkawal dengan jayanya insya Allah.

Ia bukan berlaku di Malaysia sahaja, malahan di Qatar juga, sangat banyak kelonggaran telah dibuat.

Walaupun ada kebimbangan tentang serangan Omicron baru-baru ini, tetapi langkah berjaga-jaga telah diambil dengan baik, mengurangkan risiko kemungkinan keadaan menjadi teruk.

Alhamdulillah Omicron kelihatannya tidak mengganas, mungkin ini semua akan menjadi tanda aras keberkesanan kawalan sebelum ini.

Terima kasih KKM, atas susah payah menjaga rakyat.

Pun begitu, aku tidak bermaksud mendakwa semua sudah selamat, tetapi banyak peraturan sudah dilonggarkan, berkemungkinan ia sudah terkawal.

Tetaplah kita menjaga SOP.

Minggu lepas di tempat aku bekerja, aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang positif Covid-19 sehinggakan pengurusan syarikat mengalami kekurangan tenaga kerja yang membimbangkan.

Ada yang ditawarkan untuk menangguhkan cuti, takut ada lagi yang positif.

Tetapi alhamdulillah semua rakan-rakan aku yang positif yang hampir 50 orang itu, tidak mengalami simptom yang teruk, hanya batuk-batuk sahaja.

Dan maksud keduanya iaitu yang paling penting ialah aku sekarang berada di KLIA dah ni, sebab tulah aku tahu banyak pasal peraturan baru kuarantin semua ni.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis