PAS Parti Pak Lebai

PAS Parti Pak Lebai

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari sebuah parti “PAK LEBAI” yang miskin kini telah lengkap dengan kompleks mereka sendiri, IPTS mereka sendiri, Sekolah, Menengah mereka sendiri, Sekolah Rendah mereka sendiri, Pusat Tahfiz mereka sendiri, Pusat asuhan PASTI mereka sendiri, TVPAS mereka sendiri , Radio HIJAU.FM mereka sendiri dan Akhbar HARAKAH mereka sendiri.

PAS juga memiliki JABATAN AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi.

JABATAN AMAL MALAYSIA lengkap dengan petugas sukarelawan, doktor, jururawat, ambulans dan kenderaan menyelamat mereka sendiri.

PAS juga memiliki Kelab Permotoran ARC Malaysia yang mempunyai puluhan ribu ahli di seluruh negara dan AKTIF di seluruh daerah dan negeri-negeri.

Sedarkah, PAS adalah organisasi terbesar yang menghimpunkan ribuan ulama dan para asatizah.

PAS bukan parti Tuan Guru Fadhil Noor.

PAS bukan parti Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

PAS bukan parti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

PAS bukan hak mutlak seorang ulama, tetapi sebaliknya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didokongi dan diperkuatkan oleh ribuan alim ulama di seluruh negara.

Majlis Syura Ulama adalah tonggak kekuatannya.

Mereka faqih menafsir kitab suci.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak kurang ulamanya.

Di peringkat negeri, kawasan dan cawangan kecil sekalipun PAS tak ketandusan ulama dan asatizah tua dan muda.

Mereka terdiri daripada lepasan pondok, universiti dalam negeri dan luar negara.

Mereka bersifat mata rantai.

Ulama yang telah berusia dan ulama muda bergandingan membimbing rakyat di kampung-kampung dan setiap cawangan sekecil mana pun – sesuatu yang tiada dalam mana-mana organisasi lain di negara ini.

Ribuan di kalangan mereka merupakan lulusan Syariah, Usuluddin, Feqah, Hadis dan pelbagai disiplin ilmu Islam.

Mereka bergerak dalam masyarakat; menjalankan kerja dakwah, memimpin NGO, pondok-pondok dan menjadi tenaga pengajar di jabatan kerajaan, masjid, surau dan menitipkan ilmu melalui corong-corong radio dan saluran TV.

Merekalah yang menjadi imam dan da’i di mana sahaja mereka berada.

Mereka ditolak ke depan untuk menjadi imam.

Merekalah dijemput dipanggil untuk berdoa dan mengepalai tahlil.

Merekalah yang datang menyempurnakan jenazah orang-orang yang pernah mencemuhnya.

Seburuk ucapan kafir penentang Islam ditatang, dan sekotor ucapan munafikun diangkat dan didendang.

Ulama pewaris Nabi pula dilayan macam petualang.

Apabila hati menjadi gelap. Allah menjelaskan di dalam al-Quran: ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar. Ada akal tetapi tidak berfikir. Malangnya firman-firman ini dipandang sepi. Firman dan sabda tidak lagi dijadikan panduan.

Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka.

Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap.

Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

PKR dan DAP (Pakatan Rakyat dahulu) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS.

Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS.

Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang.

Semua perlu berbayar dan perlu ‘duit minum’.

Dan yang terkini PAS selain memiliki lebih 2,000 buah PASTI seluruh negara, DPPM juga telah membuka 102 buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) pada tahun 2018 dan Mesyuarat DPPM telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Penaja bagi membuka Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI).

In shaa Allah bersama usahakan jaringan pendidikan dari PASTI sehingga ke Universiti!

Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka merekalah yang paling layak memerintah.

Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Jika PAS boleh membangunkan parti mereka dari kosong (From Zero) kepada sehebat kini, rakyat perlu yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam…

PAS