Presiden PAS Serba Boleh

Presiden PAS Serba Boleh

Presiden Umno yang sedang menghadapi perbicaraan atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, sewaktu ucapan perasmian jentera PRU Johor hari ini, kononnya mahu membalas sindiran Presiden PAS berkenaan analogi Umno sebagai itik patah kaki.

Katanya Presiden PAS dicadang menukar bidang kepada Zoologi, kerana sering memberikan bandingan dengan binatang.

Aku setuju Presiden PAS dikatakan selalu membandingkan orang yang jahil dengan binatang supaya manusia seperti Presiden Umno sekurang-kurangnya akan kembali membaca al-Quran.

Dalam al-Quran, banyak sekali bandingan binatang yang diberikan Allah.

Supaya Zahid tahu apa isi al-Quran.

Dan paling penting, moga-moga tercuit hatinya.

Presiden PAS juga bukan hanya hebat dalam mantiq, tetapi juga tahu bila mahu membantu bangsa dan agamanya sendiri apabila terancam.

Sebab itu, apabila PKR dan DAP dilihat bakal mengancam watan ini, dengan bantuan dana Israel yang belum mereka nafikan sehingga kini, Presiden PAS segera mengubah haluan politiknya.

Sebaik sahaja beliau menghidu pergerakan “Kluster Mahkamah” dari Umno yang cuba melepaskan diri mereka, Presiden PAS kekal dengan PN, walau didesak hebat oleh Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Krisis dalam Umno ini, memecahkan mereka.

Ada yang serba salah, ada yang tegas supaya individu yang dibicarakan di mahkamah, tidak masuk campur.

Kenangan bagaimana Zahid meminta maaf kepada PAS dan mengaku kejahatan mereka dahulu, masih hangat lagi.

Melalui teknologi, kita dapat menontonnya semula.

PAS dengan sikap yang masih sama seperti dahulu, menghormati rakan, tetapi rakanlah yang mengkhianati PAS.

Tan Sri Annuar Musa pasti bersetuju dengan aku.

Beliau juga menyebut hal yang sama.

Jadi di mana kejahatan PAS yang membolehkan PAS ditolak?

Ingat, bukan semua Umno itu jahat.

Yang beronar, hanyalah “Kluster Mahkamah” sahaja.

Ia adalah perjuangan hidup dan mati individu, bukan parti.

Parti Umno kekal sebagai sebuah parti walaupun bersilih ganti pimpinannya.

Orang Umno mesti sedar akan hal ini.

Oleh itu, apabila Zahid menyarankan supaya Presiden PAS menukar bidang, aku rasa OK, sebab Presiden PAS mahir dalam mencari nilai binatang dalam diri manusia.

Beliau menggunakan panduan al-Quran bagi mengesan sifat binatang itu.

Cuma yang perlu difikirkan, sanggupkah orang-orang seperti “Kluster Mahkamah” ini mahu menerimanya?

Zahid sekarang amat gembira dengan keputusan SPR, yang akan mengadakan PRN Johor.

Dia ingin melupakan tekanan dari SPRM.

Dia hanya cuba untuk menunjuk kuat.

Tak dapat makan besar satu Malaysia, dia makan sikit-sikit, satu negeri, satu negeri.

Padahal, bukan lamapun lagi PRU, tetapi dia sengaja menguji partinya.

Kalau kalah, hanya negeri, sempatlah dia ubah strategi.

Sambil itu, dia mendakwa dia memikirkan nasib rakyat.

Tapi aku rasa dia sedang fikirkan nasib diri dia sendiri.

Nasiblah digelar itik, bukan oleh Presiden PAS, tetapi dari Veteran Umno sendiri.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis