“PAS ni memang bodoh. Dah tau umno tak nak.. Terhegeh hegeh lagi buat apa?” itu antara dialog yang kerap di dengari akhir akhir ini. Ia bukan hanya datang dari ahli PAS yang seakan kecewa tetapi juga ahli dan penyokong umno kluster mahkamah yang menyindir.
Ia perit di dengar, namun sememangnya usaha penyatuan itu dicemburui syaitan jin dan manusia.
Serangan pimpinan Umno kluster mahkamah nampaknya agak memuncak menjelang PRN Johor.
Berbagai istilah dan gelaran disangkutkan kepada PAS.
Dari sindiran dua kolam hinggalah berudu dan itik.
Cuma sekali TG Presiden menjawab sindiran berkaitan itik veteran Umno, gamat satu Malaysia.
Kenyataan TG Presiden seusai kuliah Dhuha Jumaat di Rusila sebenarnya boleh difahami tentang pendirian PAS.
Beberapa perkara diperkukuhkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi walaupun dilihat sedikit keras dan peluru tepat kepada kluster mahkamah.
“Rundingan terus berjalan” itu jawapan yang diberi ketika ditanya tentang MN atau Umno.
“PAS bukan minta sedekah” tambah beliau yang memberi isyarat jelas keteguhan sikap PAS.
PAS tetap memilih penyatuan dengan mendekatkanUmno dan Bersatu.
Biarpun umno berpaling muka dan Bersatu menjuih, namun iltizam PAS sangat jelas.
Penyatuan ummah.
Naib Presiden PAS, Ust Idris turut membuka ruang kerjasama yang dianggap mustahil oleh Umno kepada PAN (amanah) dengan syarat meninggalkan DAP.
Ia sangat jelas seperti pancaran matahari di tengahari tanpa awan melindungi.
Apa lagi masalah?
TG Haji Abdul Hadi turut menamakan tiga kluster yang menjadi penghalang dari Umno.
Kluster mahkamah, kluster kalah pilihanraya dan kluster tiada jawatan.
Bagi mereka yang tercari-cari punca boleh memfokuskan teropong mereka kepada tiga kluster ini.
Itupun jika mereka ikhlas mencari perpaduan.
Mengapa penting sangat penyatuan tiga parti yang menumbangkan PH ini selain gabungan lain?
Jawapannya… Ia teras yang diperlukan untuk penguasaan dua pertiga parlimen bagi merombak kedudukan kerusi parlimen yang dirosakkan Umno ketika Melayu meninggalkan parti itu.
Saya tidak mensasarkan Tun Mahathir kerana ketika itu ia memimpin Umno dan semua pemimpin Umno yang ada hari ini bersama beliau.
Hanya demi kuasa untuk Umno.
Walau bagaimanapun untuk perubahan itu, pembahagian kerusi mesti agak seimbang walaupun ada kurang lebih, tiada parti sewajarnya boleh membentuk kerajaan sendiri jika berkuasa.
Mesti dengan gabungan.
Ini yang tidak disenangi tiga kluster yang disebut Tuan Guru.
Saya yakin dalam Umno sangat ramai yang tidak bersama kluster ini.
Namun mereka diperdayakan kononnya demi survival Umno kerana Bersatu ingin membunuh mereka.
Kerana itu istilah akar umbi dicanang.
Jika diteliti sejarah awal rundingan hingga jatuhnya PH di pusat dan beberapa negeri, sebenarnya terbukti kita boleh bersama.
Namun ketamakan menghalang usaha PAS ini.
Mungkin teori peratusan ahli atau undi sebelum ini selain kekuatan jentera cawangan boleh dijadikan ukuran.
Bukan hanya bilangan kerusi yang dimenangi kerana ia tidak melambangkan kekuatan keseluruhan.
Apatah lagi PRU 15 menyaksikan penambahan mendadak sekali ganda pengundi baru dan muda.
Pastinya kekuatan PRU 14 tidak boleh dijadikan ukuran.
PAS terus konsisten dengan penyatuan ummah.
Pemimpin tertinggi PAS masih tidak menyerang lawan secara terbuka kecuali seorang dua yang bersifat pertahanan.
Seruan Presiden PAS kekal “pertahankan PN perkasakan MN”.
Seruan Mursyidul AM tetap mahukan penyatuan.
Jika anda mahukan perpaduan, ayuh bersama PAS agar kekuatan itu disatukan demi agama dan bangsa serta tanahair tercinta.