PAS Serlah Pencapaian Menerusi Pemerintahan Kerajaan

PAS Serlah Pencapaian Menerusi Pemerintahan Kerajaan

PAS membalas kepercayaan diberikan rakyat dengan membuktikan pencapaian yang diserlahkan menerusi pemerintahan kerajaan negeri ditadbirnya serta portfolio kementerian dalam Kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, selain prestasi tadbir urus, parti ini juga dibarisi oleh individu pelbagai latar belakang serta kelayakan dan kepakaran yang diiktiraf dalam pelbagai bidang.

“Jadi, saya rasa perseption ataupun doktrinasi yang mengatakan PAS ini satu parti yang very exclusive dilihat hanya kepada (atau) dikatakan PAS ini dipimpin oleh golongan konservatif, itu adalah persepsi yang lama,” sangkalnya.

Beliau yang juga seorang jurutera teknologis menjelaskan perkara tersebut ketika ditemubual dalam wawancara bersama Penganalisis Massa, Feng Ren Guan baru-baru ini.

Kupasnya mengenai komposisi itu, Menteri Besar Kelantan adalah seorang ilmuwan agama, manakala Menteri Besar Terengganu berlatar belakang teknokrat, sedang Menteri Besar Kedah merupakan aktivis masyarakat.

Menurut beliau, kombinasi tersebut berada di semua peringkat parti daripada kepimpinan hingga penggerak jentera dalam kalangan ahli-ahli, sekali gus bermakna PAS tidak terdiri daripada satu golongan sahaja.

“Cuma bezanya PAS ini ada ‘highest body’ iaitu dinamakan sebagai Majlis Syura Ulamak; sebuah badan yang menjaga PAS dari sudut dasar.

“Dari sudut pendekatan, tactical move dan sebagainya, itu duduk di bawah PAS Pusat.

“Ia kombinasi ulamak, profesional dan pelbagai aktivis.

“Berkenaan dengan best practices, PAS dah tunjukkan sewaktu memegang portfolio sama ada di Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Kementerian-kementerian yang kita ada.

“Kalaulah kita ini ultra Melayu semasa ataupun kita terlalu eksklusif, saya rasa akan berlakulah penyalahgunaan kuasa, hanya diberikan kepada satu pihak sahaja.

“Di Terengganu kita mendapat lebih daripada RM1 bilion setiap tahun duit royalti.

“Tetapi pernah tak kita dengar masalah salah guna kuasa, rasuah dari duit tersebut? Tidak berlaku,” hujahnya.

PAS juga tegas beliau, melahirkan pemimpin-pemimpin berintegriti, menguruskan negeri dengan baik dan adil terhadap semua termasuk kaum minoriti Cina dan India antaranya memberi peruntukan kepada mereka.

Beliau memetik Kedah di mana menerima keyakinan pelabur yang masuk dari dalam dan luar negara, sementara Kelantan selama 30 tahun tidak pernah kedengaran kaum Tionghua dan Siam dizalimi di negeri tersebut.

Khairil Nizam turut membentangkan secara umum tindakan yang efektif telah dijayakan portfolio kementerian-kementerian dipegang oleh PAS setakat ini, selain menunjukkan PAS berperanan dalam banyak bidang.

HARAKAHDAILY

PAS