Ini kronologi ringkas pasal SSMZA :
1. Mei 2008, SSMZA siap dibina dan dirasmikan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM292.9 juta.
2. 2 Jun 2009, rekaan bumbung tanpa tiang untuk SSMZA menyembah bumi atau runtuh.
3. 2014, sejumlah RM100 juta diperuntukkan kembali untuk baik pulih SSMZA dengan perincian berikut :
a. Membaiki struktur dan lain-lain kelengkapan : RM18 juta
b. Membaiki sistem elektrik : RM 20 juta
c. Membaiki sistem mekanikal : RM14 juta
d. Membina kembali bumbung : RM48 juta
Jumlah Keseluruhan : RM100 juta
4. Oktober 2014, kerajaan lantik 14 kontraktor untuk kerja baik pulih dengan kos keseluruhan RM26.8 juta.
Ia meliputi lima bahagian iaitu membaik pulih struktur yang rosak, mengganti tempat duduk, bilik pasukan, booth tiket, surau dan kemudahan fasiliti, kerja elektrik dan mekanikal, mengadakan lampu limpah serta membaik pulih lif.
5. April 2015, SSMZA boleh digunakan setelah kerja baik pulih diselesaikan.
6. Januari 2018, FMLPP luluskan pertukaran gelanggang pasukan Terengganu dari SSMZA ke SSINS kerana kerosakan padang yang berisiko.
Ertinya, awal tahun 2018 SSMZA tidak lagi digunakan dalam saingan Liga Malaysia.
7. MFL menawarkan projek perintis untuk projek naik taraf padang bola sepak bagi mana-mana pasukan yang berminat.
Antara yang ditawarkan pihak Terengganu dan Melaka.
Hanya Terengganu yang menerima tawaran ini dan memilih SSMZA dengan kos bawah RM 1 juta.
Pembiayaannya berada di bawah MFL.
Ketika itu Mr Kevin Ramalingam sebagai CEO MFL
.8. 9 April 2019, kontraktor yang dilantik memulakan kerja-kerja naik taraf.
Kontraktor yang dipilih adalah RS Greenmaster.
Rumput Bermuda Princess 77 menjadi pilihan untuk digunakan.
9. Walaupun padang telah dinaiktaraf, beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh pihak pasukan perlu dipenuhi di bawah penilaian kriteria infrastruktur untuk dipenuhi dalam Perlesenan Kelab pada waktu itu.
Pihak FAM/MFL akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk memberikan kelulusan.
10. Pihak Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Datoā Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah memberikan beberapa kelulusan baik pulih untuk melayakkan SSMZA ini diberikan kebenaran untuk beroperasi dengan kos jutaan ringgit (saya tidak sempat untuk selongkar jumlah tepat keseluruhan).
11. Termasuk untuk menghiasi sekeliling padang yang dipenuhi dengan rumput tiruan berkualiti tinggi untuk menggantikan trek olahraga yang rosak teruk dan mudah mengundang kecederaan kepada pemain jika dibiarkan.
Saya hanya ingin maklumkan, pihak JKR sebut dalam satu sesi pendengaran bersama Pengarah JKR Terengganu (Mesyuarat PAC), kata mereka kalau RM100 juta nak baik pulih, kami syorkan Kerajaan Negeri bina stadium barulah yang sederhana besar dan betul-betul untuk bola sepak.
Baik pulih SSMZA ni berjangkit dan tak akan mudah berhenti.
Jangan baikilah YB. Bazir duit je.
Guna setakat yang boleh je.
Tetapi Kerajaan Negeri tidak berpeluk tubuh, manfaatkan apa yang ada dengan keperluan minimum.
Akhirnya, SSMZA dapat dimakmurkan kembali.
Sekarang, saya harap pihak Kompleks Sukan yang mengelolakan SSMZA ini jaga elok-elok padang bola sepak ini.
Rugi kalau ia terabai.
Penyenggaraan adalah kerja yang perlu ditumpukan secara serius.
Cukup di sini duluā¦
Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu
ADUN Tepoh