Kualiti Pemimpin UMNO Kluster Mahkamah/Kalah/Kleptokrasi Bila Berhujah …

Kualiti Pemimpin UMNO Kluster Mahkamah/Kalah/Kleptokrasi Bila Berhujah …

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Nur Jazlan hari ini “tembak” MB Kedah buat kesekian kalinya.

Kata dia, MB Kedah kononnya naik atas bantuan UMNO juga.

Kalau tidak, tidak merasalah jadi MB.

Kesian anak arwah Tok Mat Rahmat ni!

Nak bagi orang tau dia masih hidup, maka dia ketagih nak bercakap walaupun cakapnya selalu merapu-rapu, sejak dulu lagi.

Naiknya kerana bawak nama bapa, dapat jadi ahli parlimen dan timbalan menteri.

Bercakap tak reti nak semak fakta!

Apa yang dia bangkitkan tidak susah pun untuk dijawab.

Tak perlu jadi orang politik pun boleh faham.

Tapi menjawab dia bukan bermakna kita “tembak” orang UMNO semuanya, hanya dia dan orang UMNO yang bebal seperti dia sahaja.

Di Kedah, daripada 36 kerusi, Kerajaan dibentuk dengan 23 kerusi — 15 PAS, 6 Bersatu & 2 UMNO/BN.

Kira tengok, 23-2 sama dengan berapa?

Boleh jatuh ka?

Kita hormati dan hargai tak kira satu atau dua kerusi.

Atau berapa pun tetapi nak mengecam orang, biarlah dengan fakta.

Pembangkang pula 5 PKR, 4 Amanah, 2 DAP dan 2 Pejuang.

Kita tengok fakta itu sudahlah.

Nak ulas lebih takut ada kawan-kawan terasa hati… tapi kena bagi tahu jugaklah.

Walaupun 2 kerusi, MB tetap melantik seorang ADUN UMNO/BN dalam Exco dan seorang lagi diberi kedudukan dalam GLC.

Jadi siapa bantu siapa?

Di Johor, MB UMNO/BN tidak lantik pun ADUN PAS nan tunggal tu.

Nak bubar DUN pun tak bincang dengan kawan-kawan yang sokong dia naik.

Bukan sombong cuma terpaksa menjawab orang sombong!

Awak tu sebelum ni pernah jadi Pengerusi PAC, pernah jadi timbalan menteri… takkan buat kerja hentam keromo juga?

Dalam konteks pentadbiran Kedah, MB PAS tiada masalah dengan UMNO/BN.

Ini sekadar untuk respons kepada kenyataan sombong/kurang cermat anak Mat Rahmat itu.

Politik