Bukan nak megah tetapi nak jawab fitnah.
Bukan nak megah tetapi nak jadikan rakyat berinformasi.
Tak guna celik IT, tapi tersasar jauh dari realiti.
Mari kita lihat maklumat rasmi kerajaan negeri.
Agar celik mata demi menangkis pencetus persepsi.
Tajuk laporan “Pencapaian Manifesto Terengganu dari 2018 hingga suku pertama 2021.
Kerajaan PAS telah berjaya mengagihkan 4,268 lot tanah dengan geran kekal sebagai menggantikan tanah rakyat yang dirampas oleh kerajaan UMNO/BN ketika mereka berkuasa.
Kerajaan sedar rakyat perlu tanah untuk dibina rumah kediaman.
Maka kerajaan telah selesai mengagihkan 44,764 lot tanah kepada rakyat yang layak dan memenuhi syarat.
Bekalan air merupakan keperluan asasi rakyat.
Sehingga Mac 2021 sahaja, sebanyak 12,282 akaun rumah kediaman golongan miskin telah menerima bekalan air percuma 20 meter padu.
Dalam melaksanakan wad kelas 3 hospital percuma, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4.38 juta demi kesejahteraan rakyat miskin.
Manakala 20,000 orang pula telah menerima pula bantuan Kad Sejahtera yang bernilai RM500 setahun.
Peliklah sungguh idea kerajaan Terengganu.
Rakyat nak berumahtangga pun, kerajaan buat Karnival Kahwin di setiap DUN.
Kerajaan telah membantu 568 pasangan pengantin merealisasikan cita-cita menjadi suami isteri.
Pemuda-pemudi yang hendak mendapatkan lesen motosikal pula, kerajaan Terengganu beri bantuan bernilai RM300 seorang.
Sedar tak sedar, seramai 40,000 pemuda-pemudi telah menikmati skim yang mendapat peruntukan sebanyak RM12.9 juta ini.
Bertanyalah mantan MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said , “di mana projek pembangunan sejak PAS memerintah negeri?”
Ya, Masjid Kristal, kerajaan UMNO buat. Runtuh. Kerajaan PAS tak buat bangunan baru. PAS baiki.
Stadium Negeri, UMNO buat. Runtuh. PAS tak buat stadium baru. PAS baiki.
Taman Tamadun Ilmu di Tembila, UMNO buat. Duit negeri berjuta hangus tetapi jadi tempat meragut rumput oleh sang lembu. Kerajaan PAS juga yang baiki.
Tasik Kenyir dan zon bebas cukai, pergilah tengok apa terjadi. Kerajaan PAS juga yang secara berhemah mengutamakan perbelanjaan membaiki sana sini.
Jasa terbesar ADUN Kijal yang menyimpan cita-cita untuk kembali ke kerusi MB ialah apabila kerajaan pimpinannya membeli Strawberry Park Resort bernilai RM27 juta untuk dijadikan Institut Jantung.
Sampai hari ini pembangunan yang dibanggakan itu menjadi tempat hantu raya menghuni.
Tak lucukah di hati rakyat Terengganu apabila mantan MB yang ‘runtuh’ bertanyakan di mana projek pembangunan negeri?
Sedarlah, hari ini anak-anak muda telah celik IT.
Pengundi muda usia 18 tahun ke atas nanti, google-googlelah keruntuhan bangunan yang menggunakan duit rakyat di zaman UMNO.
Kerajaan PAS banyak menghabiskan wang untuk memulihkan bangunan runtuh dan terbengkalai.
Manakala 80% manifesto telah dilaksanakan yang sebahagian besarnya berbentuk bantuan kebajikan untuk rakyat negeri.
Molek doh.
Maju, berkat dan sejahtera ada di bumi Darul Iman ini.