Tokoh besar UMNO seperti Najib, Zahid, bekas Menteri Besar (MB) Johor, Khaled Nordin dan budak suruhan panglima perangnya seperti Nur Jazlan, Puad Zarkashi menghentam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu tanpa henti sejak mereka membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya yang tak diingini, pada kemuncak lonjakan kes Covid-19.
Mengapa mereka sangat mengambil berat terhadap Muhyiddin?
Kenapa terlalu obses?
Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri (PM), beliau baharu sembuh daripada Covid-19, malahan tidak bertanding dalam PRN ini!
Ya, Muhyiddin mengetuai parti dan gabungan politik yang meletakkan calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.
Tetapi serangan bertubi-tubi, tuduhan dengan panggilan nama.
Ia membawa maksud satu perkara dan satu perkara sahaja.
UMNO takut dengan Muhyiddin.
Mereka pasti takut dengan menganggap Muhyiddin masih lagi tokoh yang relevan dalam politik Malaysia.
Kenapa mereka sangat bimbang?
Beliau adalah nama besar, bekas MB dan menjadi satu-satunya warga Johor kedua yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Lagipun, Muhyiddin Yassin adalah arkitek kejayaan Pakatan Harapan (PH) menawan negeri Johor dan mengusir UMNO dari negeri kelahirannya.
Ilusi keramat parti itu ditamatkan di halaman UMNO sendiri oleh seorang yang genius bernama Muhyiddin pada 2018.
ia terjadi walaupun UMNO membelanjakan jutaan wang, kuasa dan mendapat sokongan elit Istana.
Kemudian budak, English College (EC) yang sombong bernama Khaled Nordin, yang ketika itu memegang jawatan MB Johor kalah teruk bertanding di kedua-dua kerusinya.
Kerusi Parlimen dan DUN.
Kekalahan itu satu penghinaan yang hebat di sebalik segala kehebatan yang ditunjukkan semasa Pilihan Raya Umum 2018 (PRU-14).
Pasukan underdog berjaya mengetepikan pasukan pilihan.
Ia bukan satu keputusan yang calang-calang.
UMNO kini mahu membalas dendam.
Tebus maruah.
Itulah sebabnya mereka sibuk bercakap mengenai perihal Muhyiddin.
Daripada melabelkan beliau sebagai pengkhianat sehinggalah dengan menggelarnya sebagai tidak cekap.
Tetapi, tetapi, tetapi…Tanpa Muhyiddin, UMNO tidak akan kembali ke kemuncak kuasanya untuk membentuk kerajaan negeri pada 2020.
Hasni yang pernah menjadi pak turut kepada Muhyiddin tidak akan menjadi MB.
Lebih banyak UMNO menghina Muhyiddin, lebih banyak sokongan Muhyiddin akan dapat.
Pandangan orang luar dari Johor ini semuanya tidak penting.
Bak kata anak muda Gen Z hari ini, STFU, pandangan anda tidak penting pun.
Muhyiddin, anak kelahiran Muar ini adalah anak jati Johor.
Jangan memandang rendah terhadap anak Johor, kelak ia memakan diri sendiri.
UMNO sudah bankrap idea sehingga mereka menjadikan satu pilihan raya ini sebagai satu referendum anti-Muhyiddin.
Sungguh menyedihkan.
Bukan UMNO sahaja rosak akhlaknya, mereka sudah hilang pedoman dan tiada nilai yang baik.
Mereka juga bisu dan pekak terhadap sentimen rakyat.
Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.
Kepada semua kawan-kawan, jiran-jiran, ahli keluarga, anak-anak dan cucu-cucu sekalian, ayuh kita beri pengajaran kepada UMNO yang sombong ini.
Cuma jangan undi UMNO.
Duduk di luar walaupun terpaksa.
Atau lebih baik undi sesiapa dan apa sahaja kecuali UMNO.
Saya suka Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menyelesaikan kerjanya, kurang bercakap dan lebih dengan tindakan.
Vaksin cepat dilancarkan, bakul makanan, berbilion-bilion dalam BPN, berbilion-bilion subsidi gaji, moratorium pinjaman berbilion-bilion sepanjang era beliau menjadi PM.
Kerajaan yang sangat penyayang.
Saya amat yakin, jika beliau menjadi PM, krisis bencana banjir yang dihadapi kerajaan tidak akan berlaku.
Muhyiddin seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Mudah, tidak perlu mencuri berbilion-bilion untuk dirinya sendiri.
Saya mungkin mengundi partinya atau calon yang sokongnya.
Anda boleh berkata apa sahaja anda suka, semoga hati nurani anda bersih apabila mengundi nanti!
Pengundi Johor