Ini perkembangan paling terkini di belah ibu (semalam).
Pihak ibu akan cabar penukaran agama (keislaman) anak.
Dengan ini, saya kira, maka terbongkarlah segala muslihat dan sandiwara yang kita lihat di media selama ini.
Kita dihidangkan selama hampir seminggu ini, dengan naratif menyayat hati, kononnya ibu dihalang oleh jabatan agama untuk berjumpa anak-anaknya dan sebagainya walaupun terbukti semua itu tidak benar.
Mungkin kerana terlalu ramai pihak yang terlibat dalam memelihara anak-anaknya itu telah tampil bersuara menjawab satu per satu fitnah dan naratif palsu yang dimainkan yang akhirnya ‘strategi’ sebenar pun terlondeh.
Pada mulanya, saya sangka hanya DAP, Ramasamy dan konco-konconya sahaja yang memainkan naratif mempersoalkan keislaman anak-anak.
Tidak sangka pula ibunya pun turut sama.
Apakah memang ada suatu ‘grand scheme’ di belakang tabir sesama mereka ini?
Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh, isu utamanya adalah isu aqidah.
Maka, tidak ada alasan lagi untuk pemimpin atau tokoh beragama Islam terkhilaf sesama sendiri dalam kes ini, kerana memelihara aqidah adalah yang paling utama.
Memandangkan perihal keislaman itu sendiri akan dicabar di mahkamah (semakan kehakiman), nampaknya pasukan peguam kita sudah boleh ‘stand by’.
Saya akan berhubung dengan rakan-rakan peguam yang lain untuk langkah-langkah strategik seterusnya.
Jika kita gagal kali ini (semakan kehakiman), tidak mustahil ada lebih ramai yang berjaya dimurtadkan juga.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA