Untuk PRN Johor ini Umno mampu menang dengan sifir mudah.
Ini akan berlaku jika Umno mampu keluarkan semua pengundi putih mereka dan tarik undi masyarakat Cina dan India.
Maka tamat cerita dan umno akan berkuasa.
Semua ini akan berjaya dengan syarat peratus keluar mengundi haruslah kurang seperti Melaka.
Tetapi taktik Melaka Umno sudah tidak mampu guna di PRN Johor kali ini.
Ini kerana untuk PRN Johor wujud pengundi baru yang diwartakan sebanyak 30%.
Sebelum ini jumlah pengundi Johor adalah seramai 1.85 juta orang.
Kini jumlah sudah bertambah dengan 2.5 juta pengundi.
Dan semestinya mereka pengundi baru ini akan eager mahu membuang undi.
Pengundi pertama kali ini adalah penentu kepada PRN kali ini.
Jika berlaku boikot keluar undi oleh pengundi lama pun kekurangan mungkin akan berkurang sekitar 20-25% sahaja.
Tetapi tambahan pengundi baru akan gantikan jumlah pengundi.
Jadi peluang kepada PN menang juga tinggi kali ini.
Atau jika berjaya dapatkan 85% jumlah pengundi mengundi persaingan akan lebih sengit dan adil.
Dan kebarangkalian menang ada di kedua-dua pihak.
Fokus utama adalah undi Umno vs Undi PN.
PH DITOLAK
Rakyat yang menyokong PH sebelum ini tidak akan mengundi mereka lagi.
Ini dapat kita lihat di PRN melaka dan Sawarak jelas rakyat menolak PH diketuai Anwar.
Ini kerana mereka pengundi sedar kerjasama kerajaan campuran antara Anwar dan Umno adalah bukan palsu.
Tambahan PH terima CSA daripada Umno membuatkan mereka hilang keyakinan.
Tambahan Umno dan PH saling tidak bertikam malah hanya sasarkan PN.
Nampak sangat ada sesuatu tidak boleh dipercayai pengundi sedang berlaku di belakang tabir.
Undi PAS juga akan membantu PN.
Jika PRN Melaka PAS agak berpecah kepada 2 iaitu yang menyokong Umno dan ada yang sokong PN kerana sikap ketua masing-masing.
Ahli masih keliru dengan ketetapan.
Namun setelah Zahid, Nurjazlan, Mat Hassan, Jazlan Machang dan Khaled Nordin menghina PAS penuh jijik maka seluruh ahli PAS bertekad bersama menyokong PN.
Tambahan kepala pro MN seperti Nik Abduh juga dilihat mula turun membantu PN di Johor semalam.
Ust Dr. Khairuddin at-Takiri juga kebelakangan ini dilihat lebih rasional dan jelas haluannya sejak dipecat.
Beliau sedar perjangan ini betul dan usah lagi berpeluk kepada sahabat yang meludah kita.
Satu tindakan betul oleh Al Takiri.
Jiwanya besar walau tiada jawatan. Tahniah.
Welcome back.
Pengundi Cina/India
Ini adalah segmentasi baru Umno untuk menang.
Dapat kita lihat di PRN Melaka masyarakat Cina mula kembali menyokong MCA.
Tambahan masyarakat Cina sedar menyokong DAP pun DAP tidak menjaga dan santuni mereka.
MCA sama seperti Umno.
Hulur tanpa henti.
Dan Cina tidak hiraukan lagi DAP kerana kecewa.
Mereka bukan golongan yang perlu direct service seperti Melayu yang perlu diberi itu ini untuk tarik undi.
Tetapi jika diberi mereka rasa dihargai dan diambil peduli.
Mereka tidak perlu bantuan.
Yang mereka mahu adalah dihargai dan dilayan baik.
Daripada menyokong DAP lebih baik menyokong MCA sebagai kerajaan.
Mudah mereka mahu minta itu ini jika perlu.
Namun Gerakan dan PN juga sedar keperluan masyarakat Cina ini.
Sebab itulah semangat prihatin PN tidak tinggalkan sesiapa baik Cina mahupun India.
Mereka dibantu apa sahaja yang diperlukan tanpa kira siapa mereka sejak Muhyiddin PM lagi.
Cuma Umno punyai kelebihan kerana berjaya mobile NGO kaum tempatan dengan platform Hasni sebagai bekas MB dan bantuan menteri persekutuan.
Umno sedar mereka perlu undi Cina India untuk menang kali ini.
Namun PN juga bergerak ke arah yang sama cuma bezanya Umno lebih ke hadapan kerana platform kuasa dan sudah lama bertapak.
Undi Melayu Terpenting
Dari semua di atas pengundi Melayulah kunci utama PRN kali ini.
Bangsa Johor sedang dihidangkan dengan PRN yang menuntut mereka menjadi pengundi rasional.
Ini kerana Umno hanya pusatkan pattern pengundi jenis kepartian dan bangsa sebagai modul mereka berkempen.
Jika dahulu ya mereka berjaya kerana orang melayu terpaksa mengundi Umno kerana tiada parti melayu lain mampu jaga melayu.
Seburuk mana Umno, itulah sahaja pilihan yang melayu ada.
Tambahan disogok bab ketuanan melayu, agama dan raja-raja sebagai perisai maka jika umno samun rompak atau apa sahaja salah tetap mereka pilih Umno.
Itulah jenis pengundi kepartian.
Kini wujud PN ditunjangi Bersatu dan Pas.
Juga parti Melayu dan beri saingan perbezaan kepada Umno.
PN menuntut rakyat menjadi pengundi rasional dengan melihat isu, masa depan, masalah, apa rakyat dapat dan mahu ubah cara rakyat dipermainkan Umno dengan membetulkan keadaan yang sudah banyak rosak.
Tambahan PN lebih telus dan bersungguh dalam melawan rasuah, salah guna kuasa dan seleweng amanah rakyat.
PN wajibkan calon mereka bersumpah laknat sebagai perjanjian bersaksi Allah mereka tidak akan seleweng, rasuah dan salah guna kuasa.
Apa dibawa PN adalah satu naratif baru bagi mewujudkan pengundi dan rakyat rasional dan memikirkan masa depan bangsa dan negara. Umno pula hanya dilihat mahu gunakan rakyat untuk mereka berkuasa.
Rakyat ditakutkan dengan pelbagai fitnah dan cerita dongeng Umno supaya mereka Umno dapat kawal pemikiran rakyat.
Modal mereka adalah TAKUTKAN RAKYAT.
Sedangkan PN pula modalnya SEDARKAN RAKYAT.
Dua perkara yang berbeza dan sudah semestinya PN lebih mendapat tempat.
Dapat di lihat golongan pertengahan Melayu semua sudah beralih kepada PN.
Diperingkat bawahan pula masih terperangkap dengan mainan Umno kecuali peneroka yang sedar usaha Muhyiddin demi mereka.
Tambahan generasi kedua lebih melihat isu dan penyelesaian masalah sebagai indikator mengundi.
Jika ditanya siapa akan menang kita akan sukar menjawab kerana masing-masing ada kelebihan sokongan.
BN dan PN harus diberi fokus utama.
Diharap rakyat bijak tidak memecah undi dengan memberi undi kepada PH, PKR, Muda, Pejuang, Warisan dan bebas.
Jangan seperti di Melaka.
Umno hanya menang dengan 122,000 undi dan sebenarnya jumlah undi PH dicamour PN adalah 147,000 undi.
Apa pun itu adalah pengajaran buat semua.
Umno akan beri banyak wang untuk pancing undi.
Anda ambil tetapi selamatkanlah Johor beri undi kepada PN.
PRN Johor adalah pertandingan hebat antara BANGSA JOHOR vs PENYAMUN RAKYAT.
ANDA PENGUNDI PENENTU SEGALANYA.
Ingat tujuan PRN ini untuk tekan PRU cepat.
PRU Cepat kerana mahu bebaskan penyamun penyangak.
Jadi pandai-pandailah pengundi.