Jajaran Baru Dan Itik Patah Kaki

Jajaran Baru Dan Itik Patah Kaki

Nampaknya Zahid Hamidi, timbalan kluster mahkamah juga tertarik dengan analogi itik patah kaki.

Kali ini beliau secara sinis meminta pengundi melihat siapa yang akan patah kaki di Johor.

Dari ucapannya beliau yakin PAS tak akan menang walau satu pun kerusi di PRN Johor yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Ini adalah cabaran yang besar kepada PAS.

Zahid berani berkata demikian kerana Johor ‘pernah’ menjadi kubu kuat UMNO.

Manakala PAS pula pernah hilang deposit di beberapa kerusi yang ditandingi.

Sebelum DUN Johor dibubarkan, PAS hanya ada 1 kerusi.

Inilah gambaran yang menjadikan Zahid berani bertanya, ‘siapakah itik patah kaki di Johor?’

Pejuang-pejuang PAS dan Perikatan Nasional mesti melakukan kerja lebih kuat untuk memulangkan perlian Zahid.

Buktikan bahawa PAS mampu menang lebih daripada 5 kerusi.

Buktikan Perikatan Nasional adalah nadi baru bangsa Johor.

Dan lebih dari itu, bangsa Johor perlu diingatkan bahawa tidak mustahil DAP sekali lagi berperanan besar di DUN Johor jika Jajaran Baru yang pernah disuarakan oleh kluster mahkamah direalisasikan.

PH mungkin tewas tetapi tidak dengan DAP.

Penganalisis menjangkakan DAP mampu mengekalkan kemenangannya di 85% kerusi yang ditandinginya.

Ini bermakna DAP/PH akan menjadi king maker dalam percaturan menentukan kerajaan negeri yang baru.

Persoalannya, sekiranya BN tidak cukup kerusi untuk memerintah secara solo, siapakah yang akan diajak berkongsi kuasa dengan BN?

Di sini, bangsa Johor jangan alpa.

Jangan sesekali mengabaikan kecenderungan Zahid untuk membentuk jajaran baru bersama DAP/PH.

Dalam kempen BN pun, Zahid tidak langsung menyerang Lim Guan Eng dan gurunya Anwar Ibrahim.

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.

Kalau nak dikatakan PAS patah kaki, PAS tak pernah dipapah oleh UMNO.

Dalam sejarahnya PAS tak pernah mengharapkan simpati UMNO.

Selama 70 tahun PAS berjuang dan selama itu juga PAS kalah di dalam pilihanraya.

PAS bukan sahaja terus berenang malah terbang seperti biasa.

Kalah atau menang, PAS tetap mengadakan jamuan kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas parti yang terus istiqamah.

Kalau begini keadaannya, layakkah PAS mahu diumpamakan seperti itik patah kaki?

Tetapi tidak dengan UMNO.

Sebanyak 7 kali UMNO mendapatkan bantuan PAS untuk menang dalam PRK.

Namun demikianlah cakap manusia sombong dan takabur.

Kalau boleh pusing, dipusingnya.

Baiknya hati Tuan Guru kerana beritik-itik dengan UMNO kluster mahkamah ini.

Apa salahnya guna terus peribahasa orang tua-tua; seperti melepaskan anjing tersepit. Ya, seperti anjing tersepit.

Pedih tetapi itulah gambaran yang paling tepat untuk kluster mahkamah.

Kesimpulannya, bangsa Johor jangan menggadaikan nasib di tangan kluster mahkamah yang akan membawa aspirasi jajaran baru.

Awasi peluang yang diintai oleh DAP/PH.

Mereka hanya menantikan perpecahan Melayu untuk mengambil ‘mileage’ darinya.

Bangsa Johor tiada cita-cita untuk bersama DAP/PH.

Tetapi ingat, siapa berani menyanggah Presiden jika ketetapannya adalah bersama jajaran baru?

Bukankah ini peluang kedua buat DAP?

BayangDiAir,

Kolumnis