BN Akan Menang Besar Lagi Dalam PRU15?

BN Akan Menang Besar Lagi Dalam PRU15?

Saya telah menyemak dakwaan pihak tertentu bahawa BN sebenarnya akan kalah dalam PRN Johor jika undi PN digabungkan dengan undi PH/MUDA.

Kiraan saya mendapati bahawa dalam PRN Johor ini seramai 21 calon BN menang mutlak, iaitu mereka akan tetap menang walaupun jika undi PN digabungkan dengan undi PH/MUDA.

16 kerusi yang calon UMNO menang mutlak dalam PRN Johor ini adalah:

  1. N01 Buloh Kasap: Datuk Zahari Sarip.
  2. N03 Pemanis: Anuar Manap.
  3. N18 Sri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan.
  4. N20 Semarang: Datuk Samsolbari Jamali.
  5. N22 Parit Raja: Nor Rashidah Ramli.
  6. N26 Machap: Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  7. N27 Layang-Layang: Abd Mutalip Abd Rahim.
  8. N34 Panti: Hahasrin Hashim.
  9. N35 Pasir Raja: Rashidah Ismail.
  10. N36 Sedili: Muszaidi Makmor.
  11. N37 Johor Lama: Norliza Noh.
  12. N38 Penawar: Fauziah Misri.
  13. N39 Tanjung Surat: Aznan Tamin.
  14. N53 Benut: Datuk Ir Hasni Mohammad.
  15. N54 Pulai Sebatang: Hasrunizah Hassan.
  16. N56 Kukup: Datuk Jefridin Atan.

4 kerusi yang calon MCA yang menang mutlak dalam PRN Johor ini adalah:

  1. N06 Bekok: Tan Chong.
  2. N19 Yong Peng: Ling Tian Soon.
  3. N30 Paloh: Lee Ting Han.
  4. N55 Pekan Nanas: Tan Eng Meng.

1 kerusi yang calon MIC yang menang mutlak dalam PRN Johor ini adalah:

  1. N31 Kahang: Vidyananthan Ramanadhan.

Kiraan saya juga mendapati bahawa dalam PRN Johor ini jika undi PN digabungkan dengan undi PH/MUDA maka seramai 19 calon BN akan kalah.

17 kerusi yang calon UMNO akan kalah dalam PRN Johor jika undi PN digabungkan dengan undi PH/MUDA adalah:

1. N05 Tenang: Haslinda Salleh: Akan kalah jika undi MUDA digabungkan dengan undi PN (5,380 undi UMNO vs 6,373 undi MUDA-PN).

2. N08 Bukit Pasir: Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (6,048 undi UMNO vs 10,526 undi PN-PH).

3. N09 Gambir: Shahrihan Jani: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (7,960 undi UMNO vs 9,323 undi PN-PH).

4. N11 Serom: Khairin-Nisa Ismail: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (8,507 undi UMNO vs 13,317 undi PN-PH).

5. N14 Bukit Naning: Datuk Mohd Fuad Tukirin: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (5,437 undi UMNO vs 7,219 undi PN-PH).

6. N16 Sungai Balang: Selamat Takim: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (8,294 undi UMNO vs 9,577 undi PN-PH).

7. N17 Semerah: Mohd Fared Mohd Khalid: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (12,542 undi UMNO vs 14,766 undi PN-PH).

8. N21 Parit Yaani: Datuk Mohd Najib Samuri: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (9,070 undi UMNO vs 14,211 undi PN-PH).

9. N24 Senggarang: Mohd Yusla Ismail: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (9,725 undi UMNO vs 11,437 undi PN-PH).

10. N25 Rengit: Datuk Mohd Puad Zarkashi: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (7,903 undi UMNO vs 8,048 undi PN-PH).

11. N29 Mahkota: Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (16,611 undi UMNO vs 19,059 undi PN-PH).

12. N40 Tiram: Azizul Bachok: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (22,939 undi UMNO vs 30,208 undi PN-PH).

13. N43 Permas: Baharudin Mohd Taib: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (23,492 undi UMNO vs 30,087 undi PN-PH).

14. N44 Larkin: Mohd Hairi Mad Shah: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (16,053 undi UMNO vs 16,323 undi PN-PH).

15. N47 Kempas: Datuk Ramlee Bohani: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (11,919 undi UMNO vs 16,441 undi PN-PH).

16. N49 Kota Iskandar: Pandak Ahmad: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (23,133 undi UMNO vs 31,276 undi PN-PH).

17. N50 Bukit Permai: Datuk Mohd Jafni Md Shukor: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi MUDA (10,889 undi UMNO vs 11,242).

2 kerusi yang calon MIC akan kalah dalam PRN Johor jika undi PN digabungkan dengan undi PH/MUDA adalah:

1. N04 Kemelah: Saraswati Nallathamby: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (7,518 undi MIC vs 10,546 undi PN-PH).

2. N33 Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy: Akan kalah jika undi PN digabungkan dengan undi PH (10,528 undi MIC vs 10,701 undi PN-PH).

Oleh itu, memanglah benar jika undi PN digabungkan dengan undi PH/MUDA maka kerusi yang akan dimenangi oleh calon BN hanyalah 21, bukannya 40.

Walaupun begitu, hujah begini tidak boleh digunakan untuk memperkecilkan kemenangan BN kerana BN sememangnya menang melalui sistem pilihan raya yang sah.

Mengikut sistem first-past-the-post parti politik tidak perlu menang mutlak untuk muncul pemenang tetapi memadai bila ia hanya mengatasi undi parti-parti lain.

Pihak yang tidak berpuas hati dengan kemenangan BN, khususnya PH, perlu menyalahkan diri mereka sendiri yang tidak mengubah sistem ini waktu mereka berkuasa.

Melainkan jika lawan-lawan politik BN insaf dengan kelemahan masing-masing serta sanggup bergabung sesama sendiri maka adat katanya BN akan menang besarlah dalam PRU 15.

Akuilah hakikat bahawa walau apa pun yang berlaku BN adalah gabungan terkuat antara kesemua gabungan yang ada dalam PRN Johor dan sebelumnya dalam PRN Melaka.

Soalan penting sekarang ialah apakah mungkin untuk lawan-lawan politik BN sanggup melupakan perbezaan pendapat mahupun permusuhan sesama sendiri untuk bergabung melawan BN dalam PRU 15?

Disebabkan politik adalah seni yang memungkinkan segala-galanya maka kita tidak perlu merasa terkejut sekiranya gabungan atau paling tidak pun persefahaman begini boleh berlaku dalam PRU 15.

Sebenarnya sudah banyak kali juga saya dengar saranan begini dikemukakan bahkan katanya sudah ada juga ura-ura untuk perbincangan ke arah ini dilakukan di kalangan lawan-lawan politik BN.

Begitupun, walau apa yang berlaku, kebijaksanaan strategi pemimpin dan kekemasan jentera BN, khususnya pemimpin dan jentera UMNO, setakat ini haruslah diakui.

Katalah orang lain mahu kata apa pun, hakikatnya adalah BN telah keluar sebagai pemenang dalam PRN Johor dan sebelumnya PRN Melaka, maka untuk itu perlulah kita ucapkan tahniah kepada BN, khususnya UMNO.

Kamarul Yusoff

Kolumnis