Ismail Sabri: Manmohan Singh Versi Umno?

Ismail Sabri: Manmohan Singh Versi Umno?

Mari kita berjalan-jalan ke negara India, bagi melihat apa persamaan yang saya nukilkan antara Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia dengan Manmohan Singh, bekas Perdana Menteri India sebelum Narendra Modi.

Secara ringkasnya, Manmohan adalah dari Parti Congress, iaitu sebuah parti yang begitu lama menerajui India.

Nama-nama seperti Jawaharlal Nehru, Indra Ghandi, Rajiv Ghandi, mewarnai kanvas politik India, mewakili Parti Congress.

Manmohan adalah seorang pakar ekonomi yang diiktiraf dunia.

Setelah Parti Congress menghadapi beberapa masalah dalaman dan sebagai kebiasaan parti, mereka inginkan legasi Ghandi diteruskan iaitu dengan menaikkan ketua Parti Congress, Sonia Ghandi, iaitu isteri kepada mendiang Rajiv.

Beliau dilihat berkebolehan, tetapi dia seorang warga Itali. Sesuatu yang tidak boleh diterima di India.

Dicuba juga nama Rahul Ghandi, anak kepada Rajiv Ghandi.

Malangnya ketika itu, Rahul dilihat kurang layak untuk jawatan tertinggi India itu kerana banyak perkara.

Antaranya ialah dia sering berada di luar negara, kurang pandai berpidato.

Maka, Manmohan adalah calon yang dilihat paling layak untuk menerajui India.

Naiklah Manmohan, dinobatkan sebagai memanda Perdana Menteri India.

Beliaupun menjalankan tugasnya.

Namun, apa yang berlaku di belakang tabir, diketahui orang juga.

Beliau dikatakan banyak menjadi boneka kepada Sonia dan pimpinan Kongres yang lain.

Beliau dilihat tidak berkemampuan untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri dengan kuasanya.

Tali kekangan sentiasa ada di tengkuknya dan beliau dipacu oleh Sonia.

Suka saya masukkan sedikit kisah tentang bagaimana keluarga Nehru mendapat nama Ghandi, sedangkan mereka tiada tali kekeluargaan dengan Mahatma Ghandi.

Mereka menggunakan nama Ghandi melalui suami Indra yang juga bernama Feroz Ghandy.

Kemudian ditukar kepada Ghandi.

Kekal nama itu digunakan bagi tujuan politik kerana India dan Ghandi, tidak berpisah.

Walaupun Kongres dilihat lebih baik dari segi kesederhaaan pemerintahan mereka berbanding BJP yang lebih pro kepada pelampau Hindu, namun, kesilapan mereka sendiri yang gagal memanafaatkan kuasa mereka dengan baik itulah yang mesti mereka salahkan.

Mereka tidak mahu bersatu atas nama kebenaran, tetapi bersekongkol atas dasar dosa dan noda.

Sikap mendahulukan keluarga mereka dalam kepimpinan dan degil antara puncanya juga.

Rasuah menjadi teruk dizaman mereka.

Betapa ramai pakar-pakar IT mereka berpindah ke Amerika kerana mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Mereka mempunyai sumber alam dan manusia yang cukup banyak.

Hanya perlu diuruskan mengikut peraturan.

Bak kata Mahatma Ghandi, dunia ini cukup bagi mengisi keperluan manusia, tetapi tidak akan cukup bagi mengisi ketamakan manusia.

Nah sekarang, bandingkan dengan Umno, parti memerintah paling lama.

Bagaimana kita melihat sendiri, Datuk Seri Ismail Sabri, PM kita semua rakyat Malaysia, dilayan oleh pimpinan Umno yang bermasalah dan sedang dibicarakan di mahkamah.

Beliau bagaikan melukut di tepi gantang.

Tidak diajak naik ke atas karpet.

Jangan lupa juga, Presiden Umno sekarang ini asalnya ialah Ponorogo, Indonesia, bukan orang Malaysia, sebagaimana pengakuannya dalam siaran TV di Indonesia.

Persis Sonia Ghandi?

Nun, di Johor.

Dijanjikan MB Datuk Hasni Mohammad sebelum PRN, tetapi kemudiannya diberikan kepada orang lain yang berketurunan Tan Sri Noah, anak beranak kepada beberapa PM sebelum ini.

Nama keluarga diutamakan.

Sebab itu rakyat perlu bertindak, mengajar Umno supaya sedar akan diri.

Jika kuasa digabungkan dengan kumpulan yang betul seperti PN, maka insyaallah Malaysia akan lebih berjaya.

Mahukah negara kita diserahkan kembali kepada PH?

Insyaallah hancur.

Kasihanilah PM kita.

Jangan biarkan beliau ditunggangi oleh orang yang tidak betul.

Mari kita bantu beliau menerajui negara.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis