Janji Mat Said

Janji Mat Said

Semalam Mat Said kata ada 300 pemuda PAS masuk Umno dan suruh orang Tranung sokong BN sebab dia kata Adun PAS seleweng duit rakyat, simpan pitis di bank kat KL.

Lepas Syawal dia nok wak report SPRM.

Doh nok tanya, kalu simpan dalam bank di KL, SPRM dokleh tahu ke ganer?

Bank di Tranung akan royak ke SPRM kalu ada orang simpan duit banyak?

Bank di KL wak senyak kalu ada duit dok betul masuk?

Atau Mat Said sengaja wak nganjing ke Najib dengan Zahid kut, sebab dua orang tu simpan duit banyak dalam bank di KL.

Oklah hok dia nok lebong kata pemuda masuk Umno tu, ikut ke dialah, takut sama macam Umno masuk Umno di Besut haritu.

Tapi aku bimbang kekgi dia buat janji lain pulok, aku rasa banyok orang PAS lari undi kalu Mat Said janji hok ni.

Aku takut Mat Said janji, kalu nok tengok Liverpool menang, sokong BN sebab MB Tranung sokong Liverpool tu yang jadi kalah.

Ramalah set PAS hok sokong Liverpool tukor undi aku rasa lepas tu.

Maing dengan Mat Said, bukan boleh wak kira, ikut dang dia nok janji jer.

Hok janji yang kata ubi gadong wak besor payudara dulu, dia gok.

Jangang samang ambe dohlah Tok Mat Eid, ambe royak hok sungguh ni.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis