Betul Ke Tuan Guru Haji Abdul Hadi Minta Disegerakan PRU?

Betul Ke Tuan Guru Haji Abdul Hadi Minta Disegerakan PRU?

Jawapannya adalah tidak.

Sebagaimana jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi apabila ditanya wartawan pagi tadi, ” Secara dasarnya, kita setuju pilihanraya diadakan habis penggal…”

Hah, ini tersudah amat jelas dan konsisten sebagaimana kenyataan-kenyataan sebelum ini.

Dalam jawapan ini juga, TGHH juga tidak menafikan ada ketikanya PRU perlu disegerakan dengan syarat, “… tapi kadang-kadang jika diperlukan untuk bina kekuatan dalam kerajaan perlu disegerakan, itu tengok keadaan…”

Maka, syaratnya sudah jelas.

Namun, syarat ini bagi PAS sebagaimana kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan yang ada sekarang sudah stabil, jadi tidak perlu kepada PRU yang segera.

Ini ditegaskan lagi oleh TGHH, apabila wartawan tanya lagi, apakah sekarang ini perlu disegerakan?

TGHH jawab, “dengan persediaan, kena ada persediaan, kalau tiada persediaan, tak boleh PRU.”

Jelas.

Secara mudahnya yang kita faham adalah, PAS mahu diadakan PRU sehingga akhir penggal, jika mahu adakan PRU lebih awal, syaratnya kerajaan dalam keadaan lemah dan perlu kepada persiapan awal untuk PRU.

TGHH bukan minta disegerakan PRU, tapi memberikan situasi dan syarat jika PRU nak awal.

Jika tak, tunggu habis penggal.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Kolumnis