Sebelum baca lebih panjang, aku nak ingatkan yang tulisan ini bukan untuk golongan kayangan agama, bersijilkan PhD, MA, BA, Diploma mahupun sijil yang berasakan pengajian Islam.
Tulisan ini berasaskan pada apa yang pernah aku belajar untuk aku kongsikan dan insyaallah semuanya benar.
Kalau yang ada sijil agama nak tegur aku salah tulis perkara asas, tak apa.
Tapi nak berdebat dengan aku, kau memang teruk, sebab nak menang dengan orang tak ada sijil agama macam aku.
Isunya sekarang ialah percaya dan lojik.
Yang diberitahu pula ialah perkara yang tidak lojik.
Jadi bagaimana mahu kita sesuaikan keduanya, supaya tidak bertembung.
Mukjizat ialah satu perkara luar biasa, kurniaan Allah yang diberikan kepada para nabi dan rasul bagi mengalahkan musuhnya.
Perkara itu mungkin ajaib suatu ketika dahulu, mungkin tidak ajaib lagi sekarang.
Namun tetap ada mukjizat yang kekal tiada penyelesaian.
Contoh israknya Rasulullah.
Ia perkara yang mengajaibkan pada waktu itu.
Tetapi dengan teknologi sekarang, kelajuan itu, tidak lagi menghairankan.
Dan mikrajnya baginda, masih menjadi perkara yang membingungkan.
Bagaimana dengan oksigen baginda, suhu sekeliling.
Kisah bulan terbelah juga memeningkan kepala.
Bagaimana kelirunya kita memikirkannya, kita wajib percaya kepada mukjizat.
Karamah dan maunah.
Dua perkara hampir sama, dikurniakan kepada sahabat Rasulullah dan insan terpilih dari kalangan mukmin.
Karamah Saidina Umar, beliau pernah mengarahkan tentera Islam bersembunyi di balik bukit, ketika beliau berada di Madinah dan perang berlangsung di luar negara.
Jika ia berlaku sekarang, kita tidak hairan sebab ada ‘live FB’, siap boleh ‘chatting’.
Kisah para wali juga banyak yang mendapat karamah.
Boleh dipercayai, boleh juga tidak.
Bukan jadi isu.
Orang Hindu percaya kepada cerita luarbiasa kerana dalam agama mereka, Ganesha, tuhan berkepala gajah itu adalah anak Siva yang dipotong kepalanya secara tidak sengaja.
Kemudian Siva tidak menjumpai kembali kepala Ganesha, lalu digantikan dengan kepala gajah.
Penganut agama Tao percaya jika bunyi guruh yang kuat, itu menandakan tuhan mereka lapar.
Buddha beriman dengan reinkarnasi.
Kristian mestilah menyakini akan Isa a.s yang menghidupkan orang mati.
Yahudi, ada dalam kitab mereka kisah mukjizat para nabi ini.
Buat para pengikut tulen agama-agama ini, mereka boleh menerima cerita yang disifatkan sebagai mencarik adat sebegini.
Yang menolaknya ialah golongan Athies.
Mereka bukan sahaja tidak mempercayai kisah-kisah sebegini, malahan kewujudan Allah juga mereka nafikan.
Golongan sebegini, akan meminta bukti dahulu, mesti ikut lojik sains.
Bilamana ada sebahagian manusia berperang sesama sendiri dengan isu seperti ini, mereka turut masuk campur, menambah parah perkelahian.
Lebih dahsyat, ulamak akan mereka celakakan.
Tanpa menafikan terkadang cerita itu agak keterlaluan, membuka pintu fitnah ini.
Piramid itu sendiri, tiada solusi tuntas dalam pembinaannya.
Manusia hanya mampu memberikan teori pembinaan sahaja, begitu begini.
Sehinggakan ada teori yang mendakwa, ia adalah bantuan sihir yang mana Firaun ketika itu, sememangnya terkenal dengan zaman sihir.
Jika mukjizat, karamah dan maunah adalah bagi mukmin, maka sihir dan istidraj pula, bagi orang kufur.
Allah berikan Firaun tidak pernah sakit.
Apalah sangat dengan sihir untuk membuat apa-apa bangunan tinggi, tanpa oksigen.
Berkata ilmuan, asas kepada isu tinggi 15km itu ada, cuma salah dibaca 50 ribu kaki atau 50 ribu pekerja.
Kalau salah baca, ia bukan hal yang melibatkan aqidahpun.
Siapa yang sempurna?
Yang lebih menakjubkan daripada cerita pembinaan piramid 15km ini sebenarnya ialah kisah ada golongan yang mengaku mengikut sunnah nabi, tetapi negerinya masih meluluskan lesen judi.
Berpuluh tahun lamanya, langsung tidak dihentikan.
Malahan negeri yang bukan sunnah pula yang mendahulukan arahan nahi mungkar dari Allah ini.
Nampakkah kamu semua yang mana perkara furuk dan mana perkara mungkar yang Allah suruh kita tegah?
Mungkin akan ada yang berkata, perkara yang sudah jelas, tidak perlu diperdebatkan lagi, kerana sudah nyata.
Ya betul, tetapi isunya ialah, apa tindakan engkau melihat perkara mungkar itu?
Tersengih sahaja ke?
Sibuk berkelahi dengan hal yang bukan utama ke?
Bersekongkol dengannya?
Jadi, nampak tak, peri pentingnya memiliki kuasa penuh dan ilmu sebagaimana pimpinan PAS miliki?
Dapat laksanakan hukum Allah.
Bayangkan, kita hidup lebih dahulu daripada Firaun, dan mereka sedang mengkaji kita.
Mereka berbalah tentang KLCC, Burj al-Khalifa, bagaimana ia dibina.
Harapnya dalam kajian mereka, jangan mereka perasan yang ada negeri mendakwa mengikut Rasulullah, dalam masa yang sama, melanggar terang-terang hukum Allah turunkan melalui rasulnya.
Lagilah pening Firaun memikirkan hal kita nanti.
Aku yang mengaku tuhan, tak apalah lawan hukum tuhan….tapi depa ni, ishhh, tak jumpa dalil ka?
Tanya Firaun kebingungan dalam loghat utagha.
Hang janganlah maghah kat cek pulak.
Cek duk gheka crita pun hang maghah…cengei hang nooo.
Mohd Nasir Abdullah