Jangan Pakai Tajuddin, Zahid Mesti Terus Memimpin

Jangan Pakai Tajuddin, Zahid Mesti Terus Memimpin

Dengan pendedahan Tajuddin semalam, aku yakin ramai ahli-ahli UMNO bersetuju dengan apa yang disebut oleh Tajuddin bahawa Zahid adalah liabiliti kepada UMNO.

Namun, ahli UMNO mesti kekalkan Zahid sebagai Presiden.

Ye, tiada siapa nafi kes-kes mahkamah yang dihadapi Zahid mewajahkan imej yang teruk kepada UMNO, bila sebut rasuah akan terbayang Presiden UMNO.

Namun, ahli UMNO mesti kekalkan Zahid sebagai Presiden.

Tajuddin juga mendedahkan pembohongan Zahid kepada ahli UMNO berkenaan jajaran baharu.

Siap menyain-nyain di Hotel Tamu bagi mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, ahli UMNO mesti kekalkan Zahid sebagai Presiden.

Walaupun Tajuddin kata ada gerakan untuk jatuhkan Zahid yang dipimpin oleh Tok Mat dan Najib.

Menggambarkan Zahid sudahlah imejnya teruk malah tiada sokongan pula.

Namun, ahli UMNO mesti kekalkan Zahid sebagai Presiden.

Jangan terima cadangan Tajuddin untuk naikkan Ismail Sabri sebagai Presiden UMNO.

Jangan benarkan perkara ini berlaku.

Ahli UMNO mesti kekalkan Zahid sebagai Presiden.

Jangan juga pakai cakap Tajuddin berkenaan, keyakinan Zahid untuk menang PRU dengan guna pakai keputusan PRN Melaka dan Johor.

Jangan runtuhkan keyakinan Zahid ini.

Ahli UMNO mesti kekalkan Zahid sebagai Presiden.

Apa pun kata Tajuddin, janganlah UMNO pakai.

Biarkan Zahid terus memimpin UMNO dengan bebanan imej, liabiliti, tiada integriti, menipu ahli, tiada dokongan ahli dan syok sendiri.

Keadaan ini mesti berterusan sehingga PRU15.

Jangan ubah-ubah lagi.

Tajuddin walaupun digambarkan sebagai pejuang sejati, kita harap Tajuddin mesti diam.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Kolumnis