Perlahan-Lahan Anwar Timbulkan Kepalanya

Perlahan-Lahan Anwar Timbulkan Kepalanya

Apabila timbul isu kenaikan harga barang di negara kita, maka riuh rendahlah semua pihak samada marahkan kerajaan asbab cuba menjadi wira rakyat.

Seperti biasa antara tindakan mereka ialah mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan kebersamaan mereka terhadap kesulitan yang rakyat hadapi.

Tidak dinafikan tunjuk perasaan ini adalah satu cara yang berkesan bagi mendesak kerajaan, jika kena dengan gelombangnya.

Namun itu dahulu, sewaktu PAS ada bersama dalam mana-mana program himpunan rakyat.

Bak kata Sarimah dalam filem Tiga Abdul, “sekali di sini petik, 10 yang datang tau”.

Begitulah kekuatan PAS mengajak ahli dan pihak yang bersimpati dengannya untuk bersolidariti.

Buktinya dalam Himpunan Bersih, ia tidak lagi dihadiri ramai orang setelah PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

Tiada juga Jabatan Amal membantu polis.

DS Anwar yang sudah agak lama duduk diam di dalam sarangnya, tiba-tiba muncul kembali apabila isu kenaikan harga barang berlaku sekarang.

Mungkin sebelum ini, strategi beliau adalah untuk hanya membiarkan Zahid, anak muridnya berperang mewakili beliau, menentang kumpulan Umno yang satu lagi, yang mahukan negara lebih stabil.

Biasalah Anwar, diakan selalu suka negara menjadi tidak stabil dengan goncangannya.

Tetapi apa yang PH lakukan ketika memerintah dahulu?

Bukankah harga barangan juga naik?

Tetapi sebaliknya Anwar sibuk menghambat Tun untuk diserahkan jawatan PM kepadanya.

Tiada pula dia menekan PH atas kezaliman menaikkan harga barang.

Dan sekarang Anwar muncul kembali bagi menuntut kononnya keadilan bagi rakyat diatas kenaikan harga barang, tetapi sebenarnya dia hanya menyambung impiannya untuk menjadi PM.

Bersama Rafizi, dia bergandingan bagi menerajui PKR sekarang.

Dan indikator yang lebih tepat bahawa kenaikan harga barang ini bukan kerana kegagalan kerajaan tetapi ia disebabkan kesan perubahan ekonomi dunia ialah apabila Rafizi tidak lagi mengeluarkan apa-apa formula penurunan harga barang.

Dia hanya diam, sedangkan dia adalah pakar formula.

Sehinggakan dia sendiri tidak sangka formulanya diterima penyokong PH yang kurang akal waktu itu.

Dengan sebelum pemilihan PKR, kedua Razifi dan Saifuddin saling berkelahi, ia bagi saya, hanyalah untuk menaikkan ranking Rafizi.

Publisiti murahan dan mudah sebab Rafizi perlu dinaikkan.

Manakala kenyataan Shamsul Iskandar berkenaan pendedahan Tajuddin tempoh hari, jelas membuktikan yang Anwar benar-benar mempunyai sokongan dan bukan beromong kosong, dakwanya.

Tetapi pandangan saya pula ialah, dengan pendedahan itu, bermaksud, Anwar hanya menipu rakyat dengan penafiannya untuk bergabung dengan Umno yang korup, jahat dan berbagai lagi tuduhan jijiknya kepada Umno sebelum ini.

Rupanya, dia menjilat Umno bagi mendapatkan sokongan bagi mengapai impian untuk menjadi PM.

Lihat, sebelum menjadi PM, dia sudah menipu rakyat dan dibuktikan menipu dengan pendedahan sokongan SD itu.

Apa agaknya jika dia benar-benar berkuasa?

Janji mahu menjaga Islam? Lupakanlah.

Oleh itu, dalam kita sama-sama berusaha mengurangkan bebanan rakyat kerana kesan ekonomi global ini, kita juga mesti berwasapada dengan penglipura yang bernama Anwar Ibrahim ini dan pasukannya.

Nanti yang naik bersamanya semula, kumpulan Umno perasuah yang lama.

Yalah kan, nak dibuang, nanti sokongan jadi PM hilang.

Jadi nanti yang kita boleh bayangkan, hiduplah Anwar bersama korupter-korupter yang kononnya mahu dia hapuskan dulu. Lojikkan?

Jadi siapa yang akan bela rakyat?

Tentulah PAS dengan rekod tiada rasuah dalam pemerintahannya dan sanggup hilang kuasa kerana prinsip asas perjuangan.

Lihat judi dihapuskan di Kedah, tanpa rasa takut sokongan ditarik, ia dilaksanakan.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis