Memperbetulkan Kenyataan Nur Jazlan Yang Menyeleweng

Memperbetulkan Kenyataan Nur Jazlan Yang Menyeleweng

Saya membaca kenyataan dikeluarkan yang dikeluarkan salah seorang pemimpin Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang melabel menteri PAS dalam kabinet sebagai menteri cap ayam.

Kata beliau, gelaran itu wajar kerana segala bebanan menguruskan kabinet dan kerajaan ditanggung oleh Perdana Menteri seorang sahaja.

Menteri lain tidak membantu.

Mungkin Datuk Nur Jazlan sudah lupa asas matematik.

Angka 10 itu lebih banyak dari 3.

UMNO mempunyai 10 menteri lebih banyak dari PAS

Sebenarnya kita semua nampak, tuduhan Datuk Jazlan memang tidak kena dan jauh menyeleweng.

Bahkan sengaja diletakkan label yang buruk cap ayam.

Tidak lain tidak bukan Datuk, sebenarnya nak mengalih perhatian rakyat dan akar umbi UMNO yang masih terpana dengan pendedahan Datuk Tajuddin.

Sebenarnya yang cap ayam itu sebahagian pimpinan UMNO yang lemah dan gagal memimpin organisasi.

Sanggup menggadaikan kestabilan politik kerana nak melepaskan diri dari kes mahkamah.

Yang cap ayam itu sebenarnya seorang presiden yang Datuk Jazlan sokong.

Yang tidak dihormati tokoh UMNO sendiri sehinggakan ada movement politik digerakkan untuk merehatkan beliau.

Presiden parti Datuk Jazlan sendiri bahkan sanggup menjalin kerjasama dengan gurunya hanya kerana ingin lari dari proses mahkamah.

Jikalau berani dan bukan cap ayam berdepan sahaja.

Insya Allah menang!

Datuk Jazlan pun tidak perlu mengalihkan persepsi rakyat dengan menyebut perkara-perkara tidak signifikan oleh Menteri PAS.

Datuk ada menyentuh prestasi menteri PAS yang kononnya tidak baik.

Untuk isu air Kelantan, hanya selepas Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Menteri Air dan Alam Sekitar barulah cahaya bagi penyelesaian komprehensif di Kelantan semakin menyinar.

Baru-baru ini telah diumumkan pembinaan sistem takungan air TAPS bernilai 1.7 billion di Machang.

Serta banyak lagi pencapaian lain seperti memulakan inisiatif Wakaf Air.

Apakah ini yang dikatakan cap ayam?

Prestasi Menteri Agama oleh YB Senator Ustas Idris Ahmad bukanlah sepertimana digambarkan oleh Datuk Jazlan.

Apakah Datuk Jazlan tidak mengikuti isu semasa?

Bukankah kita sekarang dalam musim Haji?

Alhamdulillah sekarang perjalanan dan proses Haji berjalan lancar.

Kerja buat siapa kalau bukan bawah penyelarasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)?

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bawah Dato Takiyudin terus mara dengan pelbagai inisiatif baharu untuk rakyat.

Antaranya usaha seperti berikut:

1 Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri memelihara kawasan perlindungan (protected areas).

Pada 2021, RM70 juta telah diagihkan kepada negeri-negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP).

2 Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram dan penyeludupan hidupan liar.

Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Jabatan PERHILITAN, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Perbadanan Taman Negara Johor, Perbadanan Taman Negeri Perak, dan lain-lain agensi berkaitan dan NGO seperti Wildlife Conservation Society Malaysia, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia, Malaysian Conservation Alliance for Tiger, Panthera Malaysia dan World Wide Fund for Nature.

Pencapaian:

– 1,435 jerat dikesan dan dimusnahkan (membabitkan nilai sitaan RM36.45 juta) hasil 39 siri rondaan sepanjang tiga tahun (bermula 2019) dilancarkan di seluruh Semenanjung Malaysia.

– 187 kertas siasatan dibuka yang membabitkan 356 pesalah jenayah yang terdiri daripada 257 warga tempatan dan 99 warga asing.

– Meraih Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020 yang dianjurkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP) pada 17 Februari 2021.

3 Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) yang bertujuan melibatkan komponen lantikan renjer hidupan liar, veteran ATM, veteran PDRM, orang asli, komuniti setempat dan pesara awam untuk membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar oleh warga tempatan dan warga asing.Setakat 2021, 600 orang veteran ATM, veteran PDRM dan orang asli dilantik.

Daripada jumlah ini, seramai 425 orang asli dilantik.

4 Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 yang diluluskan di Parlimen pada 21 Disember 2021 dan diwartakan pada 10 Februari 2022.

Pindaan ini menyaksikan denda maksimum ditingkatkan daripada RM500,000.00 kepada RM1,000,000.00, dan penjara maksimum dinaikkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun untuk mencegah jenayah hidupan liar.

Ini sebahagian yang saya kongsikan pencapaian KeTSA dibawah Dato Takiyudin kerana pencapaian beliau agak kurang dihebahkan.

Ini bukti pemimpin PAS membawa agenda Islam dan pembangunan yang positif kepada Malaysia.

Apakah ini juga dikatakan sebagai cap ayam?

Baik katakanlah betul Menteri PAS itu ‘cap ayam’.

Tapi cap ayam itu bukan ayam sembarangan.

Bukannya seperti ayam yang boleh didapati di mana-mana pasar.

Apakah hinanya pada ayam?

Ayam disukai ramai.

Majoriti rakyat Malaysia makan ayam.

Lebih baik jadi ayam daripada jadi musang yang mencuri harta orang.

Peminat burung ayam-ayam,

Zurk Ahmad

Isu Semasa