Dalam peperangan, perbuatan membunuh, menikam atau sebarang keganasan adalah sesuatu yang benar, malah boleh dianggap mulia, bagi mencapai kemenangan, apalagi jika ia kemenangan agama dan negara.
Samada kita akan ditikam, dibunuh ataupun kita yang melakukan ke atas musuh.
Tetapi amat hina dan bacul, jika takut untuk membunuh, melarikan diri atau melakukan perkara yang sama maksud dengannya ketika dalam perang, langsung membuka peluang bagi musuh menang.
Ini semua bergantung kepada asas berperang yang dipegang itu benar atau salah.
Walaupun membunuh perempuan, tetapi jika mereka juga bersenjata, membahayakan nyawa kita, maka difahami akan tindakan itu.
Manakala jika bukan dalam suasana perang, tentulah perbuatan ganas seperti berperang itu adalah memalukan dan menjadi punca kemarahan orang.
Jadi, golongan Sikh tidak perlu malu kerana perang itu sendiri adalah ganas.
Sewaktu menentang atau memburu Mat Kilau, pastinya Mat Kilau adalah musuh British dan juga musuh kepada Sikh secara tidak langsung.
Kami orang Melayu maklum dan tidak berdendampun dengan Sikh, malah sebahagian kaum Sikh turut menjadi rakyat Malaysia.
Kecuali kita malu kerana menjadi sebahagian dari kumpulan penjajah itu.
Apapun ianya adalah sejarah.
Harus diingat, di India, skuad elit tentera India majoritinya adalah datang dari Punjab, iaitu dari keturunan Sikh.
Harus diingat juga yang Sikh datang ke Tanah Melayu, yang mana tiada saudara marapun di sini.
Jadi manakan mahu mempertahankan Tanah Melayu, tentu sahaja British yang Sikh akan pertahankan.
Betulkan?
Mohd Nasir Abdullah