Bila hampir PRU, maka timbullah beberapa ketul penggerak agenda untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.
Perkara ini tidak pelik, kerana sejak 30 tahun, itulah usaha dilakukan musuh PAS.
Menariknya, kali ini agenda ini dibuat seolah-olah datang daripada netizen dan NGO.
Sedangkan kita tahu bila melihat pemuka-pemukanya adalah dari kalangan orang politik jua.
Sama ada mereka malu untuk mengaku daripada PH ataupun UMNO kita tidak tahu.
“Kemaluan” mereka ini bukan sebarang, kerana yang dibawa adalah naratif tukar kerajaan.
Tanpa dinyatakan tukar kepada siapa.
Lebih menarik, persoalan Dato’ Mohd Amar, nak tukar PAS di Kelantan nak tukar pada siapa?
Persoalan ini menjadi persoalan yang sukar dijawab.
Walhal boleh sahaja dijawab PH atau UMNO.
Tapi ianya tidak terjawab.
Soalannya tidaklah sukar sebenarnya, namun jawapannya memeritkan.
Jika dijawab PH, maka dibangkit lawak, takkan nak bagi pada orang yang mungkir janji manifesto, bual sajo.
Jika dijawab UMNO, maka dibangkit lawak, mu tak malu ke nak pilih parti yang ramai pemimpin utamanya didakwa di mahkamah atas sebab penyelewengan.
Integriti nie maruah orang Kelate.
Mungkin inilah juga punca kenapa agenda tukar PAS ini digerakkan bukan dengan logo parti PH dan UMNO.
Kerana mereka pun tahu malu.
Jika mereka mahu gunakan logo mereka, takkan kita terhegih-hegih nak pangkah mereka.
Jadi, tinggallah persoalan ini tanpa jawapan yang konkrit.
Jika tiada jawapan, maka apakah faedah agenda politik nak tukar PAS di Kelantan?
Dapat ke PH kan, kena tipu dan mungkir janji pula.
Dapat ke UMNO kan, silap haribulan ada wakil Kelantan masuk dibicara di Mahkamah.
Jadi ke mana kempen ini mahu pergi?
Di Terengganu pun sama, ada kempen UBAH.
UBAH ke UMNO?
Lagilah pening nak menjawab, naik je poster UBAH orang tampal bas dua alam dan Taman Ilmu. Senyap member.
Ahmad Fahmi Mokhtar.