Ya Betul Kata Umno, Kita Kena UBAH Kerajaan Terengganu

Ya Betul Kata Umno, Kita Kena UBAH Kerajaan Terengganu

Serabut kepala kita memikirkan dengan saban hari berita mahu mencari popular yang disiarkan juak-juak PAS.

Bagaikan hanya merekalah yang pandai memerintah, sedangkan sudah dua kaki kalah di Terengganu.

Dia fikir, PAS Terengganu hebat sangatkah?

Kalau hebat kenapa tidak kekal memerintah negeri?

Padahal Umno lagi hebat.

Duyung Marina Resort, sudah berapa kali keluar berita pasal untung.

Lepas dia, dia.

Macam dia seorang yang buat ‘bisnes’ hotel.

‘Naik cemuh’ kita membaca berita pasal DMR ni.

Konon nak claim yang keuntungan hanya pada zaman dia memerintah sahaja.

Betullah sebelum ini rugi jutaan ringgit, tak pernah untung semenjak tahun 2006, walaupun sudah tukar nama beberapa kali.

Tapi, berpada-padalah kalau nak bandingkan pun.

Cuba nak malukan oranglah tu.

Dulu kan dah ada pelanggan DMR kritik pasal bilik tak elok, tak selesa, menyesal tempah bilik di situ.

Lepas tu, Pengurus Besar dia jawab, peruntukan sudah ada, hanya menunggu duit turun.

Kau orang tak rasa ke yang cerita-cerita begini macam sudah diplotkan?

Alah macam budak-budak sekarang yang buat konten nak lakukan produk?

Entah-entah Pengurus Besar dia, si Wan Faizul tu berpakat dengan musang, suruh musang berak di beranda.

Bila kotor, boleh viral, lepas tu boleh tambah peruntukan.

Alah, bukan boleh buat kira zaman sekarangkan?

Duit dermapun ada tempat yang lesap.

Lagipun Pengurus Beaar dia tu mengajar sekolah agama jer dulu.

Takkan untung sampai 10 juta.

Lojiklah sikit nak buat kontenpun.

Sekarang ni pasal tanah, Kerajaan Terengganu bahagi pulak kat rakyat.

Aku cukup benci, lepas bahagi, dia akan buat pengumuman, tunjuk muka orang kampung yang dikata miskin tu.

Ambil temuramah, yang dia suruh puji-puji kerajaan.

Alah taktik lama, Umno dah buat lama dah.

Kesian makcik, pakcik tu semua, sudahlah tunggu puluhan tahun nak dapat geran, datang jer PAS, mengaku dia yang bagi.

Padahal sudah berapa lama Umno berjuang untuk bahagi tanah kepada rakyat.

Lepas tu langsung tak bersalah, dia siarkan pula muka antara penerima yang miskin tu.

Langsung tak jaga aib orang.

Sudahlah miskin, bahagi tanah, dibuka pula aib sebagai orang miskin.

Kerajaan Islam apa lagu ni?

Satu lagi, tanah di Terengganu yang ada, banyak tu jer, dah tak boleh tambah dah.

Kalau dibahagi, nanti habis, rakyat pula makin ramai.

Itupun tak boleh fikir.

Lepas tu bila dapat geran siap, dia orang jual tanah tu.

Apa yang tinggal?

Tak cerdik kerajaan, memang tak cerdik.

Yang kat Felda Selasih, Jabi tupun nak bahagi tanah jugak kat generasi kedua.

Nak tumpang glamer, padahal Umno boleh selesaikan masalah tanah tu.

Sudahlah bahagi geran tak ada pentas, atas tanah jer, lepas tu pulak 130 orang jer.

Kalau nak bahagi, bahagi semualah.

Patutlah Umno ketuk kepala si Naraza tu sampai berdarah dulu sebab kalau setakat nak bahagi tanah, Umno tak heranlah, bila-bila masa jer Umno boleh buat.

Cukuplah tu PAS nak ambik kesempatan atas nasib rakyat Terengganu, mengaku semua hak dia, dakwa dia konon amanah sangat masa memerintah, macam tak ada orang lain.

Padahal Umno sejak dulu kini dan selamanya juga hebat.

Umno bukan tak mahu buat semua benda tu, tapi kadang-kadang kena ingat juga, Umno sibuk nak uruskan hal lain, Umno banyak bisnes, mana nak layan rakyat lagi, bisnes lagi.

Lepas ni apa pulak yang PAS Terengganu nak claim.

Tak ke mana juga orang Terengganu duduk bawah PAS.

Kita mesti UBAH kepada yang lebih baik lagi.

Tapi masalahnya Umno Terengganu lebih baik ke tak?

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis