PH Terkinja-Kinja, Termasuk Perangkap ‘Checkmate’

PH Terkinja-Kinja, Termasuk Perangkap ‘Checkmate’

Dua artikel TGHH telah menyebabkan PH terloncat-loncat.

Lebih teruklah loncatan mereka daripada penonton konsert di Kelantan.

Isu pertama, umpan TGHH berkenaan majoriti pemberi rasuah adalah dari kalangan bukan bumiputera.

Umpan dimakan. Habis bangkit pemimpin DAP marah kepada TGHH dan macam biasa burukkan imej TGHH dan PAS dengan wajah rasist.

Sekali dikeluar data dan fakta kajian, bahawa memang pemberi rasuah di Malaysia untuk tahun 2010-2014 adalah ramai dari kalangan bukan bumiputera.

87.97% pemberi rasuah (57.46% = Chinese, 30.51% = India & lain-lain) adalah bukan dari kalangan orang Melayu. Checkmate.

Mati kutu dan mati akal geng PH nak membalas.

Sebelum ini kita dimomok-momokkan bahawa orang Melayu kuat rasuah, rupanya pemula dan pemberi rasuah adalah dari kalangan bukan Melayu.

Betullah apa yang ditulis oleh TGHH. PH terperangkap, checkmate.

Isu kedua, TGHH campak umpan lagi dengan tulisan ramai dari kalangan PH tak beriman.

Sekali lagi, umpan dingap. Kecoh pula PH, pimpinan Amanah pun terkinja-kinja lebih dari tonton konsert Wings.

Kata depa inilah bukti PAS amalkan budaya takfiri, ekstremist bla bla dan bla. (Menguap)

Sekali lagi dikeluarkan fakta, dalam web Parlimen terdapat seramai 90 orang MP Pakatan Harapan.

55 daripadanya bukan Islam dan 35 adalah muslim.

Bersama 61.11% dari kalangan ahli parlimen PH adalah bukan Islam. 61% nie ramai ke sikit?

Maka tiada yang salah dari tulisan TGHH, bahawa ramai dari kalangan PH adalah tak beriman (61%) yang bukan Islam.

Sekali lagi PH terperangkap dan checkmate.

PH nak gunakan isu perasuah untuk wajahkan PAS rasist.

Data membuktikan ramai bukan Melayu pemberi rasuah.

PH guna isu tak beriman untuk wajahkan PAS itu ekstremist dan takfiri.

Data juga buktikan ramai ahli parlimen PH tidak beriman (bukan Islam).

Sekarang nak tuduh PAS mesra dengan perasuah pula.

Depa tak sedar yang berbelas-belas kes pemimpin PH digugurkan ketika PH jadi kerajaan.

Isu Rasist, checkmate.

Isu Ekstremist, checkmate.

Isu Integriti, chemate.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Kolumnis