Teringat cerita Presiden PAS dalam kuliah dia.
Katanya, ulamak usul Fiqh berdebat dengan ulamak qiraat.
Lebih kurang ceritanya, (kalau aku salah bagi contoh, mintak maaflah, tapi maksud ceritanya tak lari).
Ulamak qiraat tanya, apa hukum bila Mim mati, jumpa dengan Ba.
Ulamak fiqh jawab, wajib atas Ba, mandi, kafan, solat dan tanam jenazah Mim.
Ayah Chik sendiri ketawa masa sebut cerita tu.
Baru-baru ni lepas interview Presiden PAS, aku ada bertanya berkenaan sebab seorang ulamak besar dunia yang terpaksa letak jawatan.
Ayah Chik jawab mudah jer, tak reti politik, nak cakap jugak pasal politik, menyebabkan orang marah.
Aku senyum….ooo baru aku tahu sebabnya.
Patutlah Ayah Chik dihormati oleh pemimpin dunia arab.
Sebab kalau dia berurusan dengan orang atau keadaan, dan beliau hanya tahu asyik nak kritik, komplen, jatuhkan hukum jer, maka masalah yang ada tak selesai, tapi masalah lain pula yang akan timbul.
Tapi Ayah Chik ni, bila tengok masalah, dia cari jalan nak selesai, bukan tahu nak kritik tak tahu hujung pangkal.
Bila jumpa jalan yang boleh diguna, dia tengok mudharat ke tak atau mana yang kurang mudharat.
Inilah hebatnya ulamak politik.
Dia menyelesaikan, bukan mengusutkan.
Itulah sebabnya kita panggil dia murabbi.
Dia ajak kepada penyelesaian, bukan kepada pertikaian.
Dia ajar kita bersatu dan menerima kelemahan diri masing-masing, bukan mengutuk yang lemah dan menepuk dada bagi yang gagah.
Kerana lemahlah, maka kita saling menguatkan.
Dia digelar murabbi, kerana dia tersangat berusaha membentuk perpaduan masyarakat.
Sama tak dengan perangai kita? Jauh bezakan?
Lepas tu, bila kita kurang dihormati, kita rasa terkilan.
Faham ke tak faham ni?
Salam Maulidur Rasul
Mohd Nasir Abdullah
