Orang Melayu-Islam jangan lupa.
Hampir sejuta dari kita berhimpun bagi menyatakan pendirian menolak ICERD!
Bukan rakyat tidak tahu ratifiksi ICERD terutamanya beberapa peruntukan yang berkaitan seperti Perkara 2, 4, 5, 8 dan 22 akan menggugat perpaduan kaum dan melucutkan hak keistimewaan Bumiputera angkara PH yang tunduk sembah kepada agenda DAP yang ingin menguasai negara.
Orang Melayu-Islam jangan lupa.
Bagaimana DAP-PH memperjuangkan golongan liberal sehingga LGBT tanpa takut bertapak di negara kita.
Bagaimana DAP-PH bersungguh mengangkat isu untuk melonggarkan syarat memohon kewarganegaraan.
Penghinaan demi penghinaan yang diberikan kepada umat Islam secara terbuka dan jelas.
Azan, khutbah Jumaat, pemakaian menutup aurat menjadi alat sindiran pimpinan mereka.
Orang Melayu-Islam jangan mudah lupa.
Agenda menghancurkan Islam-Melayu tercatat jelas dalam Perlembagaan DAP,
“Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal…”
“Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama.”
Matlamat ini tidak hanya tercatat pada Perlembagaan mereka tetapi juga pada tindakan dan perkataan mereka.
Melayu-Islam jangan lupa.
Kerajaan PH dahulu dikuasai oleh bukan-Islam.
Ini bukan satu tuduhan liar kerana secara faktanya, majoriti Ahli Parlimen kerajaan ketika itu adalah bukan-Islam.
Melayu-Islam perlu tahu.
DAP mendominasi 42 kerusi daripada 89 kerusi Pakatan Harapan.
Walaupun DAP masih belum mampu mempengaruhi majoriti orang Melayu namun yakinlah mereka sedang menyusun strategi untuk menghancurkan Melayu-Islam secara terancang.
Melayu-Islam perlu bertindak.
Sebagaimana kita mampu menyekat cubaan PH meratifikasi ICERD melalui penyatuan, kita juga mampu menggagalkan segala perancangan mereka jika kita bersama dalam PRU-15.
Sebagai golongan yang majoriti, penyatuan Melayu-Islam akan terus menjadi mimpi ngeri buat Pakatan Harapan.
PAS akan terus mengusahakan Penyatuan Ummah.
Bersama kita akan menghentikan rejim yang bakal menghancurkan Melayu-Islam.
Atau patutkah kita membiarkan rejim Pakatan Harapan kembali berkuasa?
ZURK AHMAD