Masa PAS jadi pembangkang, beria-ria dengan isu RUU 355, tapi dah 2 tahun PAS jadi kerajaan isu RUU 355 diam sahaja!
Betul ka RUU 355 didiamkan atau ramai yang pura-pura tidak tahu?
Jadi jom tengok apa perkembangan RUU 355.
Apa yang kerajaan PN atau PAS dalam kerajaan buat untuk Akta 355? (Kredit: PAMI)
Ogos 2020: Kerajaan telah rombak Jawatan Kuasa Teknikal dengan memasukkan mereka yang pakar dan berpengalaman untuk teliti RUU 355.
Ini antara ahlinya :
1. Mantan Ketua Hakim Syarie
2. Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia
3. Mantan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya
4. Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
5. Professor Syariah
6. Professor Undang-Undang
7. Pengamal Undang-Undang Syariah Dan Sivil
Semua senarai nama di atas mempunyai autoriti dalam bidang kehakiman.
Jawatankuasa terus melaksanakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pada bulan seterusnya.
September 2020 : Mesyuarat kali pertama ini telah membahaskan dan meneliti secara terperinci berkenaan pindaan Akta 355 berdasarkan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak.
Oktober 2020 : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal telah berjaya menggubal draf pindaan Akta 355.
Draf ini akan dibentangkan kepada negeri pada 2021.
Pada masa ini draf pindaan sudah siap dengan mengambil masa selama tiga bulan sahaja.
Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan pada masa ini begitu serius dalam melaksanakan RUU355
2021: Ini adalah tahun dimana Jawatankuasa akan bentang draf pindaan Akta 355 dan runding dengan negeri-negeri.
Kerana bidang kuasa agama ini dibawah kerajaan negeri.
Yang terlibat dari setiap negeri ialah :
1. Majlis Agama Negeri
2. Mahkamah Syariah Negeri
3. Jabatan Pendakwa Syariah Negeri
4. Jabatan Agama Islam Negeri
5. Pejabat Mufti Negeri
6. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri
Proses ini memerlukan ketelitian yang sangat tinggi oleh kerajaan bagi memperkasakan undang-undang dengan terbaik dan berkesan.
Ini semua YB Ahmad Marzuk Shaary jawab dalam Parlimen, hasil soalan YB Ahmad Fadhli Bin Shaari.
Gandingan dua tokoh muda PAS, merungkai persoalan dan memperlihatkan komitmen kerajaan.
YB Timbalan Menteri juga memaklumkan, sekarang sudah ada Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah 2020-2025.
Bukan Akta 355 sahaja akan dipinda, tapi ada 11 lagi undang-undang syariah akan digubal dan dipinda.
Untuk apa?
Untuk memartabatkan syariat Islam, ya, inilah cita-cita kita di Padang Merbok pada tahun 2017.
Datuk Idris Ahmad juga ada menyatakan yang kerajaan melalui IKIM dan TV Al-Hijrah dalam usaha membuat penerangan kepada orang ramai tentang pelaksanaan perundangan syariah bagi mengelakkan salah faham.
Kalau nak tengok usaha di atas diteruskan, jangan lupa beri undi kepada PAS.
Sekurang-kurangnya PAS ada usaha, bukan menolak dari awal
