Semalam, PAS telah pun membuat keputusan secara rasmi untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15.
Hari ini, Ketua Pemuda UMNO bercerita kononnya PAS mengkhianati UMNO demi mendapat kerusi yang lebih banyak apabila bersama Bersatu.
Katanya:
“Namun bagi Umno, perundingan untuk kembali mengukuhkan MN kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi yang bakal dikongsi bagi menghadapi PRU15.”
Kalaulah PAS hendak memilih jalan mudah dan senang pastilah PAS tunduk taat sahaja kepada syarat yang ditetapkan UMNO iaitu PAS perlu tinggalkan Bersatu sekaligus keluar PN.
Sekiranya PAS bersama UMNO yang terkenal sebagai parti yang kuat dengan sokongan akar umbi, mestilah PAS akan dapat menang banyak kerusi.
Ironinya, PAS tetap memilih jalan sukar dengan kekal setia bersama Bersatu dalam PN.
Pasti ada sebabnya PAS membuat pilihan sebegitu bukan?
Sebab persoalan pemimpin yang berintegriti, bersih dan beramanah merupakan nilai yang tidak dapat dijual-beli.
Sebelum Ketua Pemuda UMNO terus mencanang cereka kononnya UMNO yang menjadi mangsa dikhianati, madu dibalas tuba maka lebih baik dia lihat sendiri apa kenyataan yang dilafaz oleh rakan seperjuangannya sendiri.
Ketua Puteri UMNO sendiri yang melaungkan Sayonara PAS, Selamat Tinggal PAS dalam perhimpunan agung partinya.
Sudah lupa ke..?
UMNO Kelantan dan UMNO Terengganu saban hari melaungkan tiada lagi MN, mahu lawan PAS di semua kerusi.
Sudah lupa ke..?
Siang malam, pagi petang sebut nak bergerak solo itu pemimpin parti UMNO juga kan?
Sudah lupa ke..?
Janganlah berpilih-pilih nak muafakat, yang di atas kata lain, yang di bawah kata lain, di negeri A kata nak, di negeri B kata tak nak.
Sesungguhnya PAS tidak pernah berubah, kekal konsisten berkenaan peri-pentingnya penyatuan dan perpaduan ummah serta menjadi penyatu antara yang bertelagah.
Usahlah angkuh mendabik dada.
Pasti kita semua masih ingat akan episod Pasca PRU 14 2018 dahulu, PAS yang dihina bermain dua kolam inilah juga yang sudi menghulur tangan membantu kepada yang sudah lemah tersungkur rebah.