PRU 15 Siri 1: Mengundilah Dengan Nawaitu Menguntungkan Islam

PRU 15 Siri 1: Mengundilah Dengan Nawaitu Menguntungkan Islam

Golongan kufur walaupun tidak ada kitab suci, masih tahu tujuan berpolitik.

Dalam masa 22 bulan PH berkuasa, apa sahaja yang menguntungkan bangsa dan anutan mereka dijadikan agenda utama.

Sijil UEC, tulisan Cina, sejarah komunis, perjuangan LTTE dan dana pendidikan kepada sekolah swasta turut jadi keutamaan.

Gerakan kristianisasi dan kerakyatan serta IC palsu menjadi isu-isu yang mencabar ketuanan.

Orang Melayu/Islam baik PAS, UMNO, BERSATU, PKR, PAN atau GTA, semuanya mewarisi kitab suci yang satu, Tuhan yang satu dan kiblat yang satu.

Malangnya, apabila berpolitik, kitab rujukan kita seolah bercabang-cabang.

Masing-masing berpegang kepada idealisme sendiri yang asing daripada Islam.

Halal dan haram bukan pertimbangan.

Dosa dan neraka ditolak tepi.

Benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w.

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, ‘Apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab, ‘Orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.”

Politik atau siasah ini adalah satu juzuk penting dalam Islam.

Golongan kufur yang tak ada kitab suci tadi pun tahu matlamat berpolitik.

Takkan kita yang ada kitab suci anugerah Ilahi pakai langgar saja ikut suka ikut selera.

Qudwah kita, Rasulullah s.a.w. berpolitik hingga terbentuk sebuah negara.

Dengan bernegara, Baginda dapat melaksanakan Islam dengannya.

Bukankah panduan ini sudah cukup untuk memandu politik kita?

PAS telah sekian lama berpolitik mengikut acuan Islam.

Sudah terbukti bahawa hanya PAS mempunyai tendensi yang tinggi untuk mendaulatkan syariat Islam.

Dengan kuasa di peringkat negeri, PAS tunjukkan bukti bahawa arak dan judi berjaya disekat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

PAS berjaya melaksanakan Enakmen Hiburan Islam untuk menjadikan hiburan lebih terkawal dan tidak tersasul daripada ajaran Islam.

Dari sudut integriti, PAS telah buktikan pentadbiran yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan.

Percayalah, sekiranya PAS memenangi kerusi yang dominan bersama rakan PN dan berjaya menerajui pentadbiran negara, aspek-aspek penting dalam Islam akan diberi prioriti.

Sepanjang setahun lebih PAS menerajui Kementerian Hal Ehwal Agama, YB Ustaz Idris Ahmad telah banyak memberi pembelaan kepada institusi Islam seperti bantuan kepada sekolah, tahfiz dan pondok berdaftar serta elaun kepada guru, Imam dan Bilal.

Kesimpulannya, keluarlah beramai-ramai untuk mengundi PAS/PN.

Atas niat suci demi agama Islam tercinta, berkorbanlah.

Kalau banjir, redahlah banjir itu untuk melihat Islam menang.

Kalau jauh di perantauan, pulanglah.

Berkorbanlah demi Islam yang dicintai.

PAS adalah wadah untuk mencapai cinta itu.

Pilihanraya