Tiga Tamparan Ke Muka Zahid

Tiga Tamparan Ke Muka Zahid

Semenjak Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dengan angkuhnya membuat gerakan bagi mempercepatkan PRU, tanpa mempedulikan bantahan rakyat dan juga rakan politik satu kabinet, beliau dilihat bagaikan kera sumbang yang tidak mahu berkawan dengan sesiapa, walaupun PAS begitu sabar sebagai rakan politiknya mengawal perasaan untuk tidak memecahkan muafakat yang telah ditandatangani.

Sikap Zahid yang sombong itu, dapat kita fahami kerana mementingkan keselamatan diri daripada pertuduhan.

Amat perit melihat rakan sepasukannya yang sedang merengkuk dalam penjara.

Habis cerita sedih yang cuba dibawa oleh anak Najib, namun tiada kesan secuitpun rasa kasihan kerana lakonannya tidak menjadi.

Ketakutan Zahid itu dibuktikan oleh mulutnya sendiri apabila menggambarkan bahawa hukuman yang bakal diterimanya.

Zahid juga membilang dosa rakan-rakan BNnya yang lain, menjelaskan mereka semua tidak selamat jika BN kalah.

Bagai menunjukkan mereka semua pendosa dan hanya jika menang sahaja, mereka bebas melakukannya lagi?

Tamparan pertama yang Zahid terima ialah daripada rakyat.

Rakyat kelihatannya, marah dan meluat dengan keputusannya untuk tetap mengadakan PRU, walaupun berisiko dilanda banjir.

Kata orang, memang itu kehendak Zahid, supaya peratusan mengundi rendah, hanya akar umbi Umno sahaja yang bersemangat untuk keluar.

Jadilah strategi BN seperti di Melaka dan Johor.

Kumpulan atas pagar tidak mahu keluar kerana malas berhadapan dengan masalah.

Itu rancangan Zahid.

Tetapi melihat kepada kemarahan rakyat yang mereka sepertinya dipermainkan, setelah dahulunya dijanjikan bermacam-macam, kemudian ditipu PH.

Lalu BN pula cuba menjadi abang besar dalam kerajaan, maka tidak mustahil rakyat dari golongan atas pagar akan menampar BN, dengan mengundi PN yang jelas telah memberikan komitmen yang begitu baik kepada rakyat.

BN ditampar kali keduanya oleh agamawan yang tidak berpolitik.

Mereka yang sepemikiran dengan Dr Asri, Mufti Perlis, berpendapat bahawa amat jijik kelakuan yang ditunjukkan oleh BN, sengaja mahu mengadakan PRU, kerana ingin menang dan menyelamatkan diri daripada hukuman mahkamah.

Menjadilah politik itu, syurga untuk melindungi kesalahan diri dan kroni mereka.

Jahatnya Umno dan BN.

Terakhir, tamparan dari istana yang mana menyaksikan Sultan Perak, masih belum mahu memperkenankan pembubaran DUN Perak.

Ia menjadi satu tamparan yang memalukan Zahid, kerana selaku pimpinan tertinggi dari negeri Perak, kelihatannya Sultan Perak tidak terburu-buru menerima nasihat yang mungkin pada pandangan Sultan Perak yang kita tahu begitu bijaksana, menyusahkan rakyat.

Tuanku tidak berpolitik, tetapi Tuanku Sultan Perak, amat tahu akan perangai Umno ini.

Umno inilah yang menarik imuniti raja-raja Melayu dan berkebetulan waktu itu yang menjadi yang Dipertuan Agong, ialah almarhum ayahanda Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah, mantan seorang hakim yang begitu cerdas.

Ayuh, kita pakat beramai-ramai menampar, dan menyembamkan Umno sejenis Zahid yang sombong, bongkak, tidak sedar diri ini.

PN akan memastikan semua yang melibatkan kepentingan rakyat akan dijaga, segala berkaitan perundangan, diserahkan kepada badan kehakiman.

Ahli Umno yang lain, yang melihat Zahid sama seperti pandangan PN, ayuh, tukarkan undi anda kepada PN.

PN sudah membuktikan yang PN bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara ini.

Mohd Nasir Abdullah

Pilihanraya