PRU 15 Siri 3: PAS Bukan Selebriti

PRU 15 Siri 3: PAS Bukan Selebriti

Pastinya kalian memandang PAS sebagai sebuah parti politik.

Manusia yang tak beradab menggelar PAS sebagai penunggang agama.

Berapa ramaikah yang sedar bahawa PAS adalah sebuah harakah Islamiyah.

Sebuah gerakan siasah yang berdakwah tersusun dengan program tarbiyah.

Melaksanakan kerja amal makruf nahi mungkar dari atas sampai ke bawah.

PAS memiliki sistem pendidikan tersendiri.

PASTI mungkin sudah bercambah di serata pelosok negeri.

Tahukah kalian bahawa PAS mempunyai Sekolah rendah Islam, Sekolah Menengah Islam dan pelbagai madrasah?

Malah PAS ada KUIZM, Kolej Universiti Islam-nya sendiri.

Ribuan tenaga pengajar adalah para asatizahnya yang ikhlas berbakti.

Kalian tentu tahu bahawa PAS kuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Di mana banyak pondok dan madrasah, di situlah PAS kukuh bertapak.

Melahirkan pejuang dan amilin yang indah karektor.

Mengamalkan syariat, munakahat dan siasah berpisah tiada.

Kalian memperli dan menghina PAS sebagai parti tin Milo.

Ahli menyumbang dan pelbagai infaq.

Dari barang kemas hinggalah jualan getah sekerap.

Pengorbanan dermawan, para petani, seluruh muslimin dan muslimat.

Dengan sumbangan ikhlas inilah PAS membina markaznya dan memacak bendera.

Berkat kesabarannya, Allah sampaikan PAS ke Putrajaya.

Jangan ceritalah tentera merah Unit Amal.

Tahukah kalian, dalam kalangan mereka ada doktor dan jurutera yang tak dikenal.

Ada ustaz dan Pesuruhjaya.

Ada guru dan kalangan professional.

Yang muda-muda berijazah.

Dan rata-rata mereka adalah amilin yang mendapat tarbiyah dan tekun berusrah.

Meskipun dia seorang pemuda kampung kerja menjala ikan di hujung tanjung.

Indah bekerja umpama ikatan batu-bata yang tersusun.

Kalian hanya tahu PAS siang malam berpolitik.

Tahukah kalian, ada anak muda yang tidak solat, apabila mengikuti program PAS akhirnya tak tinggal solat.

Ada kaki hiburan, apabila bersama PAS akhirnya istiqamah mencari pedoman.

Ada kaki motor dan kaki judi, apabila mendekati PAS mula membezakan yang mana halal yang mana haram.

Inilah secebis citra justifikasi kebenaran.

Hari ini kalian terkesima agaknya.

Lebai-lebai PAS menjadi menteri.

Dengan title ustaz boleh bercakap tentang ekonomi, sains dan teknologi.

Dengan title ustaz, cekap dan tangkas melestarikan ekologi.

Santun lebai PAS, bila jadi Menteri rupanya pakar undang-undang.

Bila jadi MB, berakauntabiliti dan berketerampilan.

Dengan tiga orang Menteri, kalian meminta segunung intan.

Kalaulah sepuluh Menteri, terlaksana pasti Negara Berkebajikan.

Konklusinya, PAS bukan selebriti.

Berjuang dan beramal bukan untuk mencari populariti.

Bantu dan sokonglah insan yang bekerja dan berjuang di jalan Ilahi.

Kalian ada telinga boleh mendengar, ada mata untuk memandang.

PRU15 akan menjelang.

Buruk PAS, baik kalian.

Terserlahkah nanti di pintu kebenaran?

Pilihanraya