PRU 15 Siri 4: Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah

PRU 15 Siri 4: Suburlah Hidupnya Dan Pasti Berbuah

Ibu bapa adalah payung bagi anak-anak.

Setiap tutur kata dan tunjuk ajarnya adalah demi kebaikan anak-anak.

Nasihatnya walaupun tidak disukai adalah lontaran kasihnya.

Marahnya adalah lantunan cinta yang mengalir di dalam daging zuriatnya.

Mereka mahu lihat anak-anak selamat di dunia dan di akhirat.

Dalam sebegitu mulia dan suci kasih sayangnya, berapa ramai anak-anak yang menyanggah nasihatnya.

Berapa ramai anak-anak yang berkonflik dengan kehadirannya.

Ada anak-anak yang sanggup lari dari rumah kerana berkontradik dengan peraturan dan asuhannya.

Hanya anak-anak yang soleh sahaja menghargainya.

Merekalah yang selalunya selamat.

Semasa kecil hidup berlandaskan nasihat dan ilmu yang diajarkan.

Ibu bapa kadang-kadang dirasakan keras dan tegas dalam didikan.

Tetapi apabila sudah matang dan dewasa, semuanya dapat mengecapi kejayaan berkat ketaatan.

Secara analoginya, itulah PAS.

Berapa ramai yang memusuhi dari kalangan bangsa sendiri?

Macam anak-anak tadi; hanya bangsa yang soleh dan beriman memahami serta sanggup bersama gerakan ini.

Anak yang derhaka menyanggah segala.

Hukum-hakam dikata ketinggalan zaman.

Peraturan yang murni dikata kongkongan.

Siang dan malam hidup berpetualang.

Ibu bapa dinista bagai sampah di perlimbahan.

Ummah yang toleh akan sentiasa berkontradik dengan ummah yang soleh.

PAS dikata pemecah-belah masyarakat.

PAS dilabel membawa ajaran sesat.

PAS diperli sebagai penunggang agama untuk kepentingan diri.

PAS didakwa tak pandai urus negeri.

Hakikatnya, PAS-lah satu-satunya parti politik dengan dasar Islam.

Para ulama memimpin di barisan hadapan.

Integriti dibuktikan apabila amanah kuasa ada di tangan.

Itulah PAS. Anak-anak boleh anggap apa saja kepada ibu ayah.

Yang pastinya, hanya anak-anak yang soleh akan selamat dunia akhirat.

Ummah yang derhaka mungkin kelihatan berjaya di dunia tetapi belum tentu sejahtera di akhirat.

Sebagai ibu ayah, PAS sentiasa menasihat dan menanti.

Mendoakan anak-anak pulang membina negara sejahtera.

Dengan kesedaran dan iman di dada.

PRU15 akan menatijahkan sesuatu yang besar.

Sama ada kuasa ummah terus melebar.

Atau pewaris komunis kembali menerjah.

Impak ummah yang bersengketa.

Mungkin juga kleptokrasi beronar di Putrajaya.

Bersekongkol dengan DAP yang jelas durjana.

Selamatlah mereka di mahkamah dunia.

Akhirnya, untuk anak-anak yang soleh.

Hayatilah lagi dua rangkap terakhir lagu tema PAS ini.

Semoga roh perjuangan Islam meresapi sanubari.

Menyemarakkan semangat juang untuk berbakti.

Istiqamah hingga dia dijemput Ilahi.

Bergeraklah ke gerbang jasa

Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat dihati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Selamatlah parti Islam melangkah

Membimbing ummah ke medan siasah

Berpedomankan Al Quran dan Sunnah

Suburlah hidupnya dan pasti berbuah….

Suburlah hidupnya dan pasti berbuah….

Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…

Pilihanraya