Saya teringat waktu menuntut di Yaman dulu pernah mengikuti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertemu Syeikh Abdul Majid Az-Zindani bersama rakan-rakan.
Tapi tak pernah saya claim terlibat dengan perbincangan tertutup antara Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Sheikh Majid Az-Zindani.
Kami hanya terlibat waktu makan-makan je.
Gambar dah hilang.
Kalau ada gambar pun saya tak kan claim terlibat dan tahu hasil perbincangan tertutup itu.
Kebiasaan apabila ada perkara utama perbincangan hanya beberapa orang tokoh utama sahaja terlibat.
Moral of the story: Asyraf Wajdi Dusuki dan Zambry Abd. Kadir seeloknya jujurlah dalam politik.
Beritahulah bahawa kalian hanya terlibat makan-makan je bukan perbincangan pun.
Gambar pun time makan-makan.
Tengok makanan atas meja.
Tak kan mesyuarat penting terus ada hidangan atas meja.
Biasanya hidangan sebelum atau selepas mesyuarat.
Bukan lepak kedai kopi ni.
Entahlah mungkin berbohong telah menjadi makanan DR ASYRAF WAJDI DUSUKI.
Bawa-bawalah bertaubat saudara.
Bukanlah syarat nak bermuafakat kena dapatkan kerusi Parlimen Pasir Puteh kan?
Mohamed Sukri Omar