Presiden UMNO mendakwa pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah dalam menentukan pendirian, selain turut menggunakan ayat al-Quran dan hadis yang ditafsir oleh mereka sendiri.
Persoalan utama sekarang siapa yang berubah..?
Siapa yang dahulunya mengirim warkah ke Istana Negara berpakat dengan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan PN yang dibina bersama..?
Sejarah tidak pernah menipu.
Siapa yang berpakat dengan DAP untuk meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak bagi menggulingkan Kerajaan PN yang dibina bersama..?
Sejarah tidak pernah menipu.
Pemimpin parti mana yang menggelar PAS sebagai pelacur..?
Pemimpin parti mana yang dengan bangganya mengucap sayonara dan selamat tinggal kepada PAS..?
Sejarah tidak pernah menipu.
Pemimpin parti negeri mana yang memutuskan hubungan di peringkat negeri..?
Pemimpin parti negeri mana yang mengisytiharkan tidak wujud kerjasama MN..?
Pemimpin parti negeri mana yang menyekat peruntukan kepada ADUN PAS..?
Yang di atas cakap lain, yang di bawah cakap lain.
Sungguh caca-merba lagi haru-biru.
Jadi, sebelum Presiden Umno nak mendakwa PAS berubah, sebaiknya cerminlah dirinya sendiri dahulu, lihatlah apa yang berlaku dalam partinya sendiri.
PAS tidak pernah berubah, tidak pernah jemu dalam usaha perpaduan dan penyatuan ummah dengan mahu menggabungkan pihak yang bertelagah selaras dengan panduan Al Quran dan As Sunnah.
Zahid dengan bangga berkata siang tadi;
“Kita jangan pedulikan pak lebai bersama kita (BN) atau tidak, pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain. Dia kata kita durian mentah belum masak, ingat pak lebai ada durian tak cukup masak gugur, takut kena kepala pecah.
“Apabila ada situasi politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa baharu, bila nak salahkan orang keluar. Guna ayat al-Quran dan hadis yang maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai, bertaubatlah cepat,” katanya.
Apabila kita mendengar ucapan Presiden UMNO ini maka kian terserlah siapa sebenarnya dia..?
Para pendokong dan penyokong PAS semestinya tidak ragu walau sedikit pun dengan ketetapan yang telah dibuat oleh pimpinan PAS untuk bersama PN walaupun pilihan jalan yang dipilih ini adalah sukar lagi payah berbanding bersama dengan BN yang lebih menggiurkan lagi mudah.
Musuh no 1 PAS sememangnya Pakatan Harapan.
Ia sememangnya suatu pendirian tegas yang sudah terang lagi bersuluh.
Adapun persoalan kerjasama PAS dengan BN ditangguhkan sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS.
Kerjasama ditangguhkan sebab ia masih keruh, dipimpin oleh pemimpin yang bermasalah terlibat dengan rasuah dan masih rakus mahu berkuasa.
Presiden UMNO menasihati kepada Pak Lebai PAS supaya cepatlah bertaubat.
Terima kasih banyaklah atas nasihat kepada kami.
Cuma, Presiden UMNO juga perlulah melihat apa nasihat rakyat awam kepadanya..?
Adakah dia amat disayangi lagi disanjungi rakyat sebagai pemimpin yang tulus suci lagi amanah..?
Rakyat Malaysia sememangnya bijak dalam membuat keputusan dan pilihan.
Mereka telah pun menghukum Kerajaan BN sehingga tersungkur rebah pada PRU 14 2018 yang lalu dek kerana adanya pemimpin yang angkuh, lupa diri dan tercemar teruk integritinya terlibat dengan ke salahlaku rasuah.
Kini, dia awal-awal lagi sudah mendabik dada, yakin menang besar dan tidak perlukan PAS nanti.
Hina sangat Pak Lebai PAS ini kan..?
Nanti kita sama-sama lihat bagaimana pula nasib mereka yang belum insaf pada PRU 15 2022 ini..?