Ini lah fakta yang tidak disebut UMNO.
Memang terbukti jambatan angkat itu disiapkan dan boleh diguna ketika PAS menjadi kerajaan di Terengganu.
Yang mulakan projek ini memang di zaman mereka, tetapi ada cerita yang projek ini hampir gagal kerana kelemahan beberapa urus tadbir dan masalah integriti pemimpin mereka sendiri.
Jika PAS tidak menjadi kerajaan, agak mustahil JAMBATAN ANGKAT sudah boleh dilalui orang ramai seperti sekarang.
Jika PAS tidak menang PRU, berkemungkinan besar DRAWBRIDGE akan menjadi seperti projek gajah putih lain.
Cukuplah PULAU BAYAS, STADIUM GONG BADAK, TAMAN ILMU, JERTEH SOUQ, MASJID KRISTAL dan VELODROM BASIKAL di Dungun menjadi bukti.
Projek PULAU BAYAS TASIK KENYIR, berapa ratus juta sudah dihabiskan?
Namun kerana perbezaan kumpulan dalam UMNO, duit rakyat habis begitu sahaja, kerana yang dapat projek adalah kroni Mat Said dan dianggap membazir projek itu dicantas.
Projek itu dibiar terbengkalai, dalam masa yang sama projek Pulau Poh pula dibangunkan.
Yang sekat projek ini bukan pemimpin PAS, saya ulang, bukan PAS.
Begitu juga dengan projek Jerteh Souq dan TTI (masjid kristal), yang memegang kuasa ketika itu (BN juga) berdendam dengan Idris Jusoh, maka terbengkalai lah projek ini.
Ini antara hujah betapa tidak berintegritinya pemimpin BN, kerana pergaduhan sesama mereka, duit rakyat hangus.
Namun, skrip pembaziran itu akhirnya berjaya dihapuskan ketika DR SAM menjadi MB.
Dasarnya mudah, mana-mana projek terbengkalai dan walaupun PAS bantah semasa pembangkang, perlu diteruskan walau dibuat dari pihak mana sekali pun, kerana ratusan juta duit rakyat telah digunakan.
Mana-mana kekurangan perlu ditambah baik.
Ini yang berlaku kepada projek Drawbridge, sewaktu Dr Sam dilantik menjadi MB, pembinaannya sudah masuk 60 peratus, walaupun dah melepasi tarikh siap, kerja pembinaan diteruskan sesegera mungkin.
Bagi menggelakan lebih banyak kerosakkan berlaku yang menyebabkan kos makin meningkat.
Nak stop, nak runtuhkan semula?
Mustahil kerana ratus juta duit rakyat sudah diguna.
Apa yang boleh buat adalah terus kan projek dan tambah baik perkara yang menjadi mudarat, elakkan mudarat lagi besar.
ALHAMDULILLAH, siap dan boleh guna macam sekarang.
Adakah ada jaminan jambatan itu siap jika PAS tidak menjadi kerajaan?
Tidak, kerana sejarah telah membuktikan.
Mungkin tengah bergaduh sape patut jadi MB jika mereka menang.
Jadi, fikir lah dua tiga kali sebelum pangkah undi, pilih pemimpin berintegriti.
Diulang, Drawbridge akan jadi gajah putih jika PAS tak jadi kerajaan, sama seperti projek Pulau Bayas dan lain lain.
Razak Bidin,
Cyberjaya.