Tuan Guru Presiden PAS menjadikan ‘rasuah’ sebagai antara faktor utama kenapa kita perlu menolak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Perkara ini tidaklah pelik kerana Tuan Guru memang terkenal sebagai individu yang berpegang kepada prinsip agama dan konsisten menolak budaya rasuah sejak dahulu.
Boleh rujuk minda presiden di sini dan nilai sendiri,
Islam Tangani Rasuah (Disember 2017): https://bit.ly/3zgYz80
Perbandingan Antara Hukuman Arak dan Rasuah (November 2020): https://bit.ly/3DCIjkj
Muhasabah Tangani Rasuah (Februari 2021): https://bit.ly/3U4JmPn
Politik Wang Mengundang Rasuah (Februari 2022): https://bit.ly/3U4Jrm9
Mengapa Kalah Lawan Rasuah (Julai 2022): https://bit.ly/3W62u17
Hapuskan Pemberi Rasuah (Ogos 2022): https://bit.ly/3SKHoT0
Kepada yang tidak sempat untuk membaca, boleh tengok video-video di bawah,
Kenapa PAS tidak bersama PH dan BN: https://bit.ly/3gJuYgT
Siasatan rasuah: https://bit.ly/3gQaVh2
PAS tidak pejam mata terhadap kemungkaran: https://bit.ly/3NakRhe
Mana lebih bahaya antara arak atau rasuah: https://bit.ly/3TSVh2I
Hasil rasuah: https://bit.ly/3Waqgcu
Dengan Presiden parti yang setegas ini, wajarlah PAS menjadi parti yang bebas rasuah sepanjang rekodnya memimpin negeri dan beberapa kementerian.
Berbeza dengan parti yang presidennya sendiri terlibat aktif dalam rasuah.
Perjuangan politik tanpa meninggalkan nilai dosa pahala ini menjadi kekuatan dan kelebihan PAS berbanding parti lain sehingga ada yang terpaksa mencipta fitnah 90 juta.
Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa kerosakan yang berlaku dalam negara ini kebanyakannya berpunca daripada budaya rasuah dalam kepimpinan negara.
Jika negara ini dipimpin oleh mereka yang bersih, amanah dan berintegriti, insya-Allah cerah masa hadapan Malaysia untuk menjadi negara yang stabil dan sejahtera.
Dan itulah tawaran Perikatan Nasional buat seluruh rakyat untuk kerajaan baharu nanti.