Apakah motif Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi mendedahkan pertemuan pemimpin tertinggi PAS dengan pemimpin tertinggi UMNO?
Tidak lain tidak bukan melainkan untuk membina persepsi pengundi bahawa pemimpin PAS main sorok-sorok dengan UMNO.
Dengan itu, Asyraf berharap imej PAS rosak dan menjejaskan undi kepada parti Islam itu.
Selain itu, gambar pertemuan yang ditularkan bertujuan menimbulkan kesangsian BERSATU terhadap kejujuran PAS.
Niat Asyraf dapat dibaca apabila beliau sendiri berkata “ Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan PAS takut rakannya BERSATU marah kerana jumpa kembali dengan UMNO secara senyap-senyap!”.
Sebelum pertemuan, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah memberitahu gambar yang diambil jangan ditularkan kerana itu pertemuan tertutup.
Namun apabila pertemuan itu tidak memenuhi hajat dan nafsu UMNO, maka Asyraf kepanasan lalu mendedahkannya melalui media.
Jujur atau khianat Asyraf?
Orang macam inikah layak diberi amanah untuk memimpin bangsa dan negara?
Apakah orang seperti ini perlu dipercaya tutur dan lakunya?
Apa akan jadi kepada harta negara kalau manusia bersifat khianat diberikan amanah pentadbiran?
Itu watak Ketua Pemuda.
Apa pula sikap Presidennya yang pernah menafikan perbualannya dengan Cikgunya Anwar Ibrahim?
Zahid Hamidi mendakwa Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) datang berjumpa untuk berunding dengannya.
Persepsi yang mahu dibina ialah PAS datang menyembah dan merayu kepada UMNO secara senyap-senyap.
Nampaknya motif Presiden dan Ketua Pemudanya adalah sama.
Sehari kemudian TGHH menjelaskan bahawa pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS dan UMNO adalah atas jemputan oleh UMNO sendiri; bukan PAS yang buat permohonan untuk berjumpa.
Oleh kerana PAS sentiasa berjiwa besar dan berlapang dada ditokok lagi keinginan mahu mengelakkan perpecahan, maka PAS sudi bertandang.
Demikianlah perangai UMNO dulu, kini dan selamanya.
Sifat khianat UMNO ini pernah PAS alami semasa Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO.
Mereka memerangkap PAS dengan mendedahkan isi rundingan dan pertemuan.
Malangnya, ketika itu medsos tidak sehebat sekarang.
Hanya TV dan akhbar yang dikuasai UMNO memainkan peranan menjahanamkan imej PAS.
Sekarang dalam masa tak sampai setengah hari, pihak yang difitnah dapat menyebarkan penjelasan.
Perangai golongan munafik pernah diingatkan oleh Rasulullah s.a.w.
Apabila bercakap dia bohong.
Apabila diberi amanah, dia khianat.
Jadi tidak hairanlah berlakunya kes-kes pecah amanah seperti 1MDB, Yayasan Akal Budi dan seumpamanya.
Yang mendukacitakan ialah bangsa ini masih rabun untuk menilai; kaca dikatakan permata, permata pula dianggap kaca yang tak berharga.
PRU15 adalah ruang demokrasi untuk rakyat memilih yang terbaik.
Kuasa di tangan rakyat.
Dan peluang untuk mengajar pemimpin yang khianat hanya datang 5 tahun sekali.
Tersilap mengundi, 5 tahun kita merana.
Hanya PH yang tolol sempat kencing 22 bulan.
‘Kehebatan’ PH memang sukar dinafikan.
