Best Dan Selamat

Best Dan Selamat

Apa yang boleh buat kita bahagia dalam hidup ni?

Rupanya Nabi ada ajar cara nak dapat bahagia dalam hidup.

“Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan: Isteri solehah, rumah luas, kejiranan baik, kenderaan selesa.”

[Hadis Riwayat Ahmad]

Pasangan yang baik, rumah luas, kejiranan baik dan kenderaan selesa.

Semudah itu sahaja Nabi ajar kita untuk bahagia.

Tapi, bahagia ke rakyat Malaysia sekarang ni?

Masalah ekonomi yang masih tak stabil.

Kos sara hidup makin meninggi, ibu bapa nak hantar anak pergi belajar pun terkesan.

Gejala sosial yang semakin hari semakin parah.

Kanak-kanak seawal usia sekolah rendah sudah terdedah dengan pelbagai pengaruh buruk.

Ini semua faktor daripada gajet dan suasana sekeliling.

Kes penculikan dan pemerdagangan pun dah cukup hangat sekarang ni.

Kesian anak muda yang diberi harapan untuk bekerja di luar negara, tetapi rupanya tertipu dan menjadi mangsa sindiket.

Banyak sangat masalah ni, macamana nak bahagia?

Empat perkara di atas tadi, tak mampu untuk kita peroleh kalau negara kita sendiri masih tidak bahagia.

Kita kena bayangkan, negara ni umpama rumah yang kita duduk.

Kita mesti nak rumah yang selesa, ada persekitaran yang baik, dan paling penting kita rasa selamat, aman dan tenteram.

Kalau boleh nak pasang CCTV, nak ada pengawal keselamatan supaya orang tak ceroboh masuk rumah kita.

Kita nak ada kejiranan yang baik, yang saling membantu untuk wujudkan suasana masyarakat yang harmoni.

Ini baru lah bahagia.

Jika dalam sesebuah keluarga, ada ketua keluarga untuk bertanggungjawab uruskan semua benda ni.

Dalam negara pula, kena ada ketua negara dan pemimpin yang berusaha ke arah menjadikan negara ini seperti rumah yang menjadi idaman semua masyarakat.

Sebab tu, pemimpin negara kena pastikan negara sentiasa dalam keadaan stabil.

Usaha untuk stabilkan ekonomi, cegah gejala sosial yang berleluasa, bendung salah laku dan dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Kita perlukan kerajaan yang mampu menjamin semua ini, bukan sekadar mampu untuk memberi janji-janji manis sahaja.

Oleh itu, rakyat perlu bijak memilih pada PRU-15 kali ini. Pilihlah yang BEST!

PN Bersih Dan Stabil (BEST)!

UNDILAH PERIKATAN: Prihatin, bersih dan stabil.

Pilihanraya