Pru15 semakin hampir. Saya kagum dengan semangat orang muda Terengganu bersungguh menaikkan bendera PAS tanpa berselindung, malah menjadi kegembiraan kepada mereka.
Yang memasang, yang menyumbang, yang melihat hasil semua gembira.
Kenapa bendera PAS cepat dipasang walau tiada upah?
Semangat “mahal” inilah yang saya ingin nyatakan ia membezakan PAS dengan parti lain.
Semangat ini tidak datang sendiri, sudah pasti ada beberapa sebab kenapa anak muda suka bersama PAS.
Mereka pasang bendera sebab mereka berkawan.
Ya, semakin ramai orang muda sokong PAS bermakna semakin ramai kawan mereka terlibat dengan PAS.
Sudah pasti mereka mempunyai keyakinan “akidah” yang kuat bahawa perjuangan PAS ini bersih dan berkait dosa pahala.
Kebaikan besar apabila PAS memerintah yang memberi penekanan tentang hal Agama walaupun telah lama habis musim PRU.
Tahun ini makin hebat sokongan anak muda kepada PAS kerana mereka telah lihat sendiri kebolehan Menteri dan Timbalan Menteri dari PAS bekerja walaupun dalam jumlah yang tidak ramai.
Ditambah pula kejayaan PAS Terengganu dibawah pimpinan YAB Dr Ahmad Samsuri mentadbir dengan baik, menawan hati anak muda Terengganu.
Ringkas cerita, anak muda semakin suka bersama PAS.
Semangat yang ada pada anak muda PAS datang sendiri kerana mereka sayang PAS bukan dipaksa dan diupah oleh PAS sekaligus semangat ini lahir berpunca dari tanggungjawab yang ikhlas dalam diri anak muda PAS kepada Syiar wadah perjuangan Islam ini.
Terus bekerja wahai anak muda sekalian.
Mohd Harun Esa