Semasa PAS memenangi Kelantan, Tok Guru Nik Aziz berhadapan persepsi boleh ke tok guru atau tok lebai tadbir negeri, cukup urus pondok je.
Namun, persepsi tersebut telah pun dirobohkan.
Kini, timbul pula persepsi boleh ke PAS tadbir negara.
Saya gembira dengan persepsi ini, kerana menunjukkan PAS sudah pun naik level.
Daripada kesangsian tadbir negeri kepada kesangsian tadbir negara.
Kini, tiada lagi kesangsian akan kemampuan PAS tadbir negeri.
PAS memang mampu tadbir negeri.
32 tahun Kelantan tanpa rasuah.
20 janji manifesto Terengganu tertunai.
RM 68 bilion jumlah pelaburan di Kedah.
Fakta ringkas ini membuktikan PAS mampu mentadbir dengan formula politik yang berasaskan nilai integriti, tunai janji dan pacu ekonomi.
Sekarang tembok persepsi PAS mampu tadbir negara kian merekah dan runtuh.
3 Menteri PAS dan 5 Timbalan Menteri telah beraksi.
Pretasi Menteri dan Timbalan Menteri ini dapat dilihat dari laporan yang disediakan oleh Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS).
Kini, kita semua sedang menunggu calon-calon yang bakal dikemukakan oleh PAS.
Calon yang dikatakan mengambil kira aspek kemampuan untuk menjadi Menteri/Timbalan Menteri bukan semata-mata sebagai wakil rakyat.
Ini juga satu peningkatan level dan kualiti yang PAS tonjol meruntuhkan lagi tembok rapuh persepsi PAS tak mampu tadbir negara.
Kini, PAS sudah cukup bersedia untuk tadbir negara.
Bukan sahaja bersedia malah kita juga telah menunjukkan kemampuan mentadbir negeri dan negara.
Berikan peluang kepada PAS-PN.
Ahmad Fahmi Mokhtar.