Dalam satu artikel yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pada 8 Jun 2021, satu kajian Global Corruption Barometer Asia 2020 oleh Transparency International menunjukkan rakyat Malaysia menggangap bahawa Ahli Parlimen atau Ahli Politik paling banyak terlibat dengan rasuah iaitu sebanyak 36 peratus.
Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh SPRM 2020 juga menunjukkan perkara yang sama dan berdasarkan kajian ini, 79.3 peratus respondan menggangap rasuah dalam sektor politik adalah yang paling tinggi berbanding sektor-sektor lain.
https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103…
Perlakuan rasuah bukan hanya memberikan imej yang amat buruk kepada individu atau organisasi yang memberi mahupun menerima rasuah tetapi juga memberikan persepsi yang amat buruk kepada negara luar terhadap negara terutamanya kepada kerajaan yang memerintah.
Ia juga akan memberikan imej yang buruk kepada para pelabur yang berminat untuk melabur dalam sektor ekonomi dan perindustrian negara yang mungkin mampu mengurangkan minat para pelabur asing untuk melabur dalam negara.
Sudah tentunya ia akan memberikan kesan keyakinan dan ekonomi yang negatif samada untuk jangka masa pendek mahupun panjang kepada negara yang secara tidak langsung mampu memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kes-kes rasuah berprofil tinggi dikalangan ahli politik semestinya memberikan kesan dan impak negatif kepada negara yang mana tempiasnya turut dirasakan oleh sekalian rakyat jelata.
Apa sekalipun keputusannya, “arang“ yang sudah terpalit akan menjadi begitu sukar untuk dihilangkan umpama luka yang cukup sukar untuk disembuh.
Disebabkan itu, Islam amat menitikberatkan isu kepimpinan dan siapa yang dipilih untuk menjadi pemimpin.
Bersih, jujur, amanah, ikhlas dan berintergriti adalah ciri-ciri utama yang diterapkan oleh Islam untuk menjadi pemimpin dengan yang ciri yang paling utama ialah beriman dan bertakwa.
Oleh itu, pilihlah pemimpin yang bersih dan berintergriti, amanah, jujur dan bertanggungjawab dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin kepada sekelian rakyat jelata dengan penuh keikhlasan.
Jika melihat kepada gabungan parti-parti politik yang bertanding pada piliharaya umum kali ini, sudah tentunya Perikatan Nasional adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia kerana “Perikatan Nasional, Bersih dan Stabil “.
“Ingat 19 November, Undi Perikatan Nasional“.
Muhammad Khalil Abdul Hadi