Drama Pilihan Raya Sudah Bermula

Drama Pilihan Raya Sudah Bermula

Pengerusi AMANAH Kedah dipecat serta merta sebab mengingkari keputusan parti.

Datuk Rafiq umum keluar BERSATU sebab kecewa tidak dicalonkan di Tangga Batu.

12 Ahli Majlis Tertinggi PBM digantung keahlian dan jawatan sebab menggugat kepentingan parti.

Entah siapa yang salah, ku tak tahu.

Senario begini biasanya berlaku kerana dua hal; individu atau parti.

Tambahan bila ada ahli yang jenis menangguk di air keruh.

Sanggup buat apa sahaja asal dapat kuasa dan dapat menjadikannya kaya.

Orang yang berpolitik untuk kepentingan peribadi memang mudah bergaduh sesama sendiri.

Kau sokong aku baru aku sokong kau.

Langsung tiada tentang perjuangan parti atau kebajikan rakyat dalam pertimbangan.

Inilah punca ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara kita.

Berabut nak jadi PM, berebut nak jadi Presiden, berebut nak kerusi.

Alhamdulillah, orang-orang begini tidak akan ditemukan di dalam PAS.

Jika ada, orang begini tidak akan kekal, pasti ditapis keluar.

Siapa yang hendak mengangkat hukum Islam, dialu-alukan untuk bersama PAS.

Namun, jika dunia yang menjadi cita-cita, PAS bukan tempatnya.

Gelaran ‘walaun’ yang diberikan oleh musuh adalah sebuah pengiktirafan buat ahli-ahlinya.

Ahli dan pimpinan PAS sepakat dan selari dalam prinsip perjuangan parti.

Tidak seperti mereka yang bercakaran sesama sendiri.

Orang PAS tenang-tenang sahaja.

Asalkan dapat bekerja.

Tak sibuk bergaduh sesama sendiri untuk kuasa.

Bila diberi kuasa, kita laksanakan sebaiknya.

Kerana matlamat kita sama, “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai dan hukum Islam.”

Bila Islam jadi pegangan, ahli kita bersih, parti kita stabil.

Hasilnya, kita jadi parti tertua yang cantik rekod pentadbirannya.

Budaya yang sama kita bawa dalam Perikatan Nasional Insya Allah.

Undilah PERIKATAN NASIONAL: Prihatin, Bersih dan Stabil.

Pilihanraya