Kerajaan Terengganu Tamatkan ‘Derita’ Anak Felda

Kerajaan Terengganu Tamatkan ‘Derita’ Anak Felda

Sebut felda ia sinonim dengan BN. Dalam pilihanraya ia dianggap kubu kuat BN.

Namun, perubahan zaman dan faktor kecanggihan teknologi membuatkan rakyat di Felda membuka mata.

BN yang selama ini disangka menjaga kebajikan mereka hanyalah di zaman dulu, waktu ini tidak lagi.

Bahkan generasi baharu ‘ditekan’ dengan janji palsu.

Di Felda Selasih, Besut, generasi kedua kerap ditipu BN.

Muncul PAS sebagai kerajaan Terengganu, janji BN dilunaskan PAS.

Para penerima geran tanah hak milik kekal generasi kedua Felda Selasih menzahirkan rasa syukur apabila kerajaan Terengganu melunaskan janji dan tidak ‘sembang kosong’ sebagaimana kerajaan terdahulu.

Anak felda, Mohd Khairani Wan Jusoh menyifatkan, hasrat generasi kedua untuk memiliki tanah sendiri akhirnya dinokhtahkan kerajaan hari ini dan ia bukan suatu janji palsu seperti sebelum ini.

“Sudah lama menunggu untuk menerima tanah ini. Sebelum ini isi borang, simpan sahaja kemudian senyap.

“Terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) dan juga kerajaan negeri Terengganu termasuklah penghulu. Terhutang budi dengan mereka,”.

Ini lah antara luahan mereka, khabarnya banyak lagi anak felda akan menerima geran dari kerajaan Terengganu.

Anak felda mula celik, baru-baru ini orang BN masuk felda bagi slip daftar mengundi berlogo BN, anak felda terus jerit

“Nak mengundi baru nampak muka!”

Itu lah sikap BN dan respon generasi Felda.

Di peringkat kerajaan persekutuan, di bawah PN hutang peneroka felda telah dihapuska, perkara ini tak berlaku di zaman BN dan PH.

Maklumlah banyak duit habis akibat penyelewengan di zaman dua parti ini.

Razak Bidin

Pilihanraya