Semangat dan kesungguhan jentera PN Perak dapat dilihat menerusi kehadiran dalam setiap majlis pelancaran jentera pilihan raya negeri dan kawasan-kawasan di Perak.
Mood rakyat Perak terutamanya golongan anak-anak muda dilapangan memang jelas mempamirkan maukan pemerintahan di Perak ditadbir urus oleh Perikatan Nasional.
Mood ini hadir kerana melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan prestasi setiap Exco Kerajaan Perak dari PAS terutamanya Pesuruhjaya PAS Perak Pak Teh Tuan Haji Razman Zakaria yang diberi amanah dan tanggung jawab menjaga portfolio Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan.
Sebelum ini Tuan Haji Razman Zakaria yang lebih mesra dipanggil Pak Teh oleh penduduk Perak, menjadi Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil.
Pemimpin yang cukup mesra rakyat, humble, mudah dirapati, cepat memberikan bantuan dan cekap dalam setiap tugas diberikan.
Bukan nak memuji tanpa bukti tetapi realitinya seorang Exco yang performed dan deliver.
Tiada maknanya kalau sekadar dua orang Exco Perak dari PAS sahaja bersama-sama dari BERSATU yang performed dan deliver jika kepalanya dianggap seperti MB setengah masak.
Maka jika rakyat Perak mau menikmati sebuah pentadbiran yang berintegriti, prihatin dan efisien sepertimana negeri jiran Kedah, maka berilah peluang selama 5 tahun kepada Perikatan Nasional memerintah Perak secara total dan mutlak.
20 hari yang berbaki sebelum hari mengundi ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memenangi semula negeri ini.
Teruskan bekerja, satukan hati, banyakkan berdoa, semoga matlamat kita untuk membina negara yang BERSIH dan STABIL menjadi nyata.
Orang Perak jangan lupa,19 November nanti, pilih yang BEST-BEST je.
Orang Perak undi Perikatan Nasional!
Pilihlah sebuah Kerajaan yang berprestasi tinggi dan bukannya kerajaan sekadar menabur janji.
Rakyat Perak berhak mendapatkan sebuah Kerajaan Yang Bersih dan Stabil.