Pilihlah Pemimpin Yang Bertanggungjawab

Pilihlah Pemimpin Yang Bertanggungjawab

Parti politik yang nak menamakan calon mereka untuk bertanding dalam PRU15 ni, janganlah hanya fikir nak menang sahaja.

Tetapi bertanggungjawablah sikit dengan menawarkan calon yang berfikiran kritis, mampu berhujah dan memberikan pandangan dengan penuh profesional di Parlimen sekiranya terpilih nanti.

Sampai bila nak biarkan Dewan Rakyat kita jadi zoo negara, mencarut, memekak tanpa hujung pangkal dan paling sadis dipenuhi wakil rakyat yang kaki ponteng sidang.

Lagi banyak kerusi daripada orang bukan satu pemandangan pelik di dewan tu.

Ada benda yang lebih besar untuk dibahas dan diperdebatkan di dewan yang mulia itu, setakat nak cerita longkang tersumbat itu belum cukup.

Setakat nak tunjuk jaguh menjerit bukan itu tempat dia.

Setakat nak buat lawak lepas tu gelak berjemaah bukan itu pentas dia.

Apatah lagi kalau sekadar nak bergaya dengan sut Salvatore Ferragamo dan Vellfire berkilat dengan lambang Ahli Parlimen dekat nombor plate.

Ekonomi negara makin mencabar, pelabur dah banyak memilih negara jiran, matawang makin menjunam, pengangguran semakin meningkat, hutang negara makin menggila.

Masihkah kita nak tawarkan jaguh kampung yang hanya champion berkuntau di kawasan sendiri tetapi bila di Parlimen hanya sekadar nak sakau elaun??

Tanggungjawab paling utama di Parlimen nanti merangkumi perkara-perkara berkaitan kerajaan, urus-tadbir negara serta penggubalan dasar awam atau public policy.

Mereka perlu merangka undang-undang, memperjuangkan isu berkaitan kepentingan umum serta menyuarakan keresahan rakyat dalam pelbagai aspek seperti kebajikan, ekonomi, kesihatan, keadilan etc!

Maaf cakap, kalau setakat isu-isu setempat, kawasan perumahan semua tu, kita ada PBT dan pelbagai agensi yang dok ada tu, depa lebih lebih arif daripada segelintir YB-YB yang hanya muncul bila waktu raya dan time nak mengundi.

Tak salah sekali sekala kita tengok macam mana Parlimen di seberang tambak sana tu bersidang.

Dalam Parlimen mereka pakai tie pun tidak, tetapi dipenuhi wakil rakyat yang berkelulusan Ivy League dan berhujah dengan penuh hemah, profesional tanpa perlu bersikap macam kera tergigit cabai!

C’mon…ni dah nak masuk tahun 2023 kot…bagilah calon yang ‘berjenis’ sikit untuk rakyat pilih.

“Kalau mencari tempat mandi, pertama teluk kedua pantai; Kalau nak ditawar pemimpin nanti, pertama elok kedua pandai”

Syahril A. Kadir

Pilihanraya