DAP memang rasis dan anti ketuanan Melayu/Islam.
Dasar Malaysian Malaysia DAP adalah asas perjuangan DAP yang tak pernah padam.
Walaupun terminologi itu tidak disebutkan lagi secara terang-terangan, namun sejarah pemerintahan DAP/PH selama 22 bulan sarat dengan naratif negatif yang tak dapat dinafikan.
Begitulah juga PAS, perjuangan untuk membentuk Negara Islam mengikut acuan al-Quran tak pernah padam.
Apa-apa sahaja yang Menteri-Menteri PAS laksanakan mengikut kapasiti masing-masing adalah jelas mengangkat dan menterjemahkan Islam dalam pentadbiran dan sistem bernegara.
PAS mengusahakan Islam agar berada pada kedudukan tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Apa yang memeranjatkan ialah hari ini UMNO melalui kecenderungan Presidennya Zahid Hamidi, cuba membentuk jajaran baru selepas PRU15.
Menafikan niat tersebut samalah seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru.
Zahid sudah boleh bertoleransi dengan pemimpin DAP/PH tetapi tidak bersedia berkompromi dengan bangsanya sendiri PAS dan BERSATU.
Apakah Zahid Hamidi atau UMNO telah lupa bagaimana DAP menentang keras hak-hak keistimewaan Melayu?
Ke mana Zahid ingin membawa Melayu yang menumpang di dalam bahtera UMNO selepas PRU15 nanti?
Apakah kerana ingin menyelamatkan diri dari kes-kes mahkamah maka nasib bangsa dipertaruhkan?
Para pengundi khususnya orang-orang UMNO sepatutnya melihat perkara ini dengan penuh keinsafan.
Malang bagi UMNO apabila Presidennya berkata tiada lagi rundingan dengan PAS selepas PRU15.
Ini merupakan satu kenyataan yang cukup jelas tentang halatuju UMNO yang akan ditentukan oleh Presidennya dalam kerangka membentuk kerajaan nanti.
Kenyataan itu bermakna tidak akan berlaku kerajaan gabungan parti-parti Melayu sekiranya masing-masing tidak mempunyai cukup majoriti.
Yang mungkin terbentuk ialah kerajaan gabungan BN dan DAP/PH.
Justeru, mengundi UMNO/BN bermakna memberi sekeping tiket untuk DAP ke Putrajaya.
Janganlah tersalah memberi undi.
Jangan mencuba-cuba agar peristiwa ngeri 22 bulan DAP/PH berkuasa tidak berulang.
Penyangak dan penyamun mungkin terselamat dari kes-kes mahkamah.
Tetapi, Melayu dan Islam akan menangis untuk 5 tahun lagi.